Khamis, 1 Januari 2015

Persediaan ke Korea

Haalooooo..
Tahun ni bertuah sangat sebab encik hubby moodnya baik nak bawak mem dia ni pergi bercuti ke Korea! Tu pun banyak kalilah jugak aku memujuk dengan membuat muka comel agar hatinya lembut. Muakakakaka...

So, meh le aku share sikit persediaan yang kami telah buat sebelum terbang menuju ke tempat sejuk tu... (sebenarnya entry ni aku buat sikit2 seelum dan selepas 5 bulan aku ke sana.. so, bolehlah tengok mana yang sesuai atau tak)


Wintercoat
Masa booking tu awal. Bulan 3, time mattafair tu.  Amek Andalusia jugak (mcm umrah dulu. puas ati).  Kami pergi berduaan jugak kali ni. Bayangkanlah, tarikh travel 27/12/14. Lama lagi tu.  Tapi disebabkan hati ni terlalu gumbira sangat nak melancong, aku dah beli wintercoat awal2 lagi.  Ni semua ikut blog2 yg aku bacalah ni.  Mereka kata beli kat bundle je murah.  Aku pun ajak hubby gi cari.  Sebenarnya nak cari yang betul2 ikut saiz kita memanglah susah sikit.  Nak2 badan aku yg debab ni.  Ada yg berkenan, kaler plak spoil. Tamak punya pasal, aku sampai beli 2 wintercoat (mentang2 harga bundle murah)...
Bila lagi sebulan nak travel aku acu balik baju2 tu.  Nampak tak semenggah le plak... Lastnya, aku beli jugak wintercoat sendiri kat Universal Traveller.  Kaler memang aku berkenan sangat dan saiz pun mmg ngam ngan aku (nak kena keluar duit jugak! huhuhu..) Suami je mantain ngan wintercoat yg beli awal dulu. Hmmfff.... Ada gak beli berapa pasang baju baru.  Yelah, nak bergambarkan... bukannya selalu dapat ke sana. Biar le nampak elok dalam gambar.

Bulu-bulu tu yang mahal tu.. ngeeee

Selepas pergi : Kowang.. memang sangat2 perlu beli wintercoat ni.. membantu memanaskan badan.  Rupanya suhu di sana sampai -12 celcius kita orang rasa.  Paling penting kena sesuai dan selesa ngan badan.  Ada makcik yang pergi sekali ngan aku, tak pakai wintercoat.  Serius ni! Dia pakai baju sejuk mcm org dalam pantang tu aje sebab takde saiz kot.. Dia memang besar.  Kesian tengok.. Menggigil2 menahan kesejukan.

Long John
Pakaian dalam yang macam legging berupaya membuatkan kulit badan kita terasa hangat. Penting jugak ni sebab kalau setakat pakai baju biasa pastu pakai wintercoat, rasanya tak cukup menghangatkan badan. Wintercoat ni ada banyak jenis.  Satu set seluar dan baju. Material pun lain-lain.  Aku dan suami amek yang 3 layer, boleh tahan sampai suhu -20c. Beli kat UT gak.  Aku beli sepasang aje sebab bukan lama pun. 5 hari je kat sana tu.  Suhu pun kering, peluh pun tak banyak.

Selepas pergi : Yup! Pakaian ni memang perlu sesangat.  Masa kat sana, aku memang tak miss pakai long john ni. Terasa warm aje.  Tapi encik hubby tak pakai pun masa memula sampai.  Nak eksyen le tu, katanya tak sejuk... Tapi bila masuk hari kedua hingga balik, haaa baru tahu betapa pentingnya pakai long john. 

Beli kat Metro aje

Kasut
Kasut pulak, mulanya nak beli awal.  Tapi lagi sebulan nak pergi baru aku berkesempatan nak beli.  Pun kaler merah jugak yg aku berkenan.  Disarankan agar ke sana memakai boots dan jenis yang tak serap air.  Hubby kata tak payah le pakai boots tinggi lutut tu sbb kat Malaysia nanti, nak pakai ke cenggitu? atau buat tukun aje? Hubby cadangkan aku beli kasut sports tu aje... (ala... tak fesyen langsunglah..) Kasut merah ni harganya tak la mahal sangat. oklah.. Aku beli kat Mahkota Parade.  Kalau kasut ni buat hal kat sana, aku beli jelah kasut lain kat sana nanti.  Rakan blog kata, kasut, wintercoat, mufla, glove sume murah kat sana dan banyak pilihan. Tengoklah nanti..


Kaler merah yang buat aku tergoda beli kasut ni

Selepas pergi :  Huhuhuhu... puas aku menahan sakit pakai kasut ni.. Mana taknya kasut barukan.. Kat Melaysia aku tak pernah pun nak pakai dulu dalam seminggu ke.  Masa malam nak berangkat tu, aku siap puji kasut ni sangat selesa.. Rupanya apabila sampai sana, banyak berjalan, kaki aku melecet.  Sangat2 tak selesa.  Tuhan aje yang tahu wei kesakitan aku kat sana.  Nak beli lain plak, rasa mcm rugi sebab bukan lama pun.  So, utk next trip, aku kena biasakan dulu kasut nak bawak berjalan nanti.  Tapi ramai gaklah aku tgk pelancong sana pakai kasut sport aje... huhuhuhu..

Topi dan mufla
Beli pun saat2 akhir.  Adalah sikit.  Beli kat Metro Kajang.  Berkenan sebab tengok model patung pakai.  Aku banyak habiskan masa kat kedai tu untuk pilih.  Hubby ngan anak2 aku dah buat hal memasing.  Bosan le tu nak teman aku. Semuanya kalau boleh dinasihatkan amek jenis wool supaya boleh beri kehangatan tahap maksimum pada kita di tempat sejuk.  Ada jugak yang aku beli di Daiso Jusco Ayer Keruh. 


Selepas pergi : Ok yang mufla ni memang aku recomended lah kowang beli.  memang guna balut leher yang sejuk tu.  Tapi topi tu aku rasa taklah perlu sangat.  Maybe sebab aku dah bertudungkan.  So, kalau nak nampak buat bergambar tu, oklah.

Sarung Tangan
Haaaa.... yang ni penting jugak.  Aku ni memang jenis yang tak tahan sejuk.  Aku beli semua jenis yang touch screen.  Senang nanti nak amek gambar.  Takyah le nak bukak2 sarung tangan.  Macam mana touch screen? Kalau kowang perati, kat sarung tangan di jari ibu, telunjuk dan jari hantu tu ada kain jenis lain dihujungnya.  Alah... senang jelah nak bezakan jenis touch screen atau tidak.  Aku beli 2 pasang aje.  Satu tu mahallah sikit sebab jenis kualiti kainnya baik.  1 lagi Daiso ajelah, RM5 aje.



Selepas pergi : A ah memang guna sesangat. Aku memang sentiasa bertukar2 pakai kat sana.  Beli yang memang tebal tau.  Kalau kowang beli yang nipis tu, alamat keras kejung le tangan.
Stoking
Ni pun penting.  Kena cari yang wool jugak.  Lagi satu, kena pilih yang tebal. Menurut rakan blogger, stoking ni main peranan jugak.  Bila cuaca terlampau sejuk, kaki boleh kejang dan kebas.  Kalau kasut jenis yang mudah menyerap air, dengan stoking2 sekali basah.  Nanti uat sopil aje nak berjalan sebab kaki dah kebas.  Aku belilah 2 jenis jugak. Tapi aku awak jugak stoking biasa2 tu sebagai spare.  Mana tau, basah plak nanti, ada le stoking lain untuk diganti.  Aku ada beli kat UT.  Harga RM19.90 satu.


Paling suka stoking pink belang tu

Selepas pergi : Antara yang penting di bawa ke sana.  Sejuknya sampai menusuk ke tulang hitam sesekali.  Aku pakai tuhari sekali 2 lapis. Sejuk..sejuk...

Lotion dan lip gloss
Benda2 ni memang sangat membantu.  Dalam terdedah pada suhu sejuk, bibir dan kulit cepat kering.  So, nak kekalkan kelembapan eloklah disapu atau oleskan pada kulit dan bibir.  Mana aku beli lip gloss yang comel2 ni??? Ha.. kat Watson aje.. Memang khas untuk travelling.  Selalunya diaorg letak kat meja kaunter bayaran atau area belakangnya.  Murah pun murah! 

 Cute je kan?

Selepas pergi  : Baca ayat aku sebelum pergi... Sebenarnya berbeza gaklah.. Lip gloss tu aku pakai kengkadang aje.. Cuma lotion tu memang pakailah sebab nanti automatik kulit kering dan rasa gatal-gatal.  Bila sapu tu, legalah sikit kulit tu.

Tisu dan hand sanitiser
Melalui bacaan, tandas di Korea jenis yang tak ade paip air di dalamnya.  So, macam mana nak menyucikan apa2 yang perlu kalau takde airkan? Susah tu... Ada yang cadangkan bawak botol kosong.  Aku ada gak standby botol kosong dalam beg galas.  Tapi rasanya tisu basah dan tisu kering ni memang amat membantu.  Semua ni kowang boleh dapatkan kat kedai dengan mudah


Selepas pergi : Nasib baik aku bawak tisu basah tu sebab memang kat sana toiletnya paip air di luar.  Pempaham ajelah bila nak membersihkan apa yang patut tu. Rasa bersihlah sikit...

Travel Plug
Kat luar negara, memang plug pointnya tak sama ngan negara kita.  Di Korea, plugnya jenis 2 pin bulat.  Travel plug ni aku tak beli pun,  kebetulan dapat masa pergi lowyat dulu.  Cabutan bertuah.  Aku hanya perlu membayar RM1 je untuk dapatkan travel plug tu. Dah save dah tu kan? Ni banyak alat nak bawak ni macam phone, camera, video cam dan tablet.  Yelahkan, nak abadikan kenangan di Koreakan.  Bukan selalu dapat ke sana.  So, kowang kalau pergi, jangan lupa travel plug ni.  Nanti takde bukti kenangan plak kat sana. Ish.. rugi..rugi...



Selepas pergi : Memang hari2 aku charge kat sana.  Sekali nak charge, semua benda nak buat serentak. Camera, tab, monopod, phone... Ha, oleh kerana kitaorg bawak 1 je, kenalah aku berjaga tgh malam tu sebab nak mengecas kesemuanya.. Lain kali nak bawak jugaklah external plug tu.

Ubat-ubatan
Biasalah bila travel jejauh ni kang ada perkara tak diduga berlaku macam sakit perut ke, muntah2 ke, pening2 ke... So, langkah awal aku telah membawa beberapa ubatan basic jika berlaku kecemasan.  Panadol, ubat sakit gigi (mana tahu, tempat org plak nak kena sakit gigi), pil Che Kit Teck Aun, handyplast dan healer.



Selepas pergi :  Dalam bebanyak tu, aku hanya guna inhaler dan handyplast (melecet kat kaki tu) aje.. Alhamdulillah takdelah kena sakit2 ringan yang lain..

Pocket Warmer/ Hand Warmer
Susah betul nak cari benda alah ni. Ada yang kata senang dapat kat farmasilah, guidance lah, watsonlah, daisolah.. Semua tempat aku gi.  Ngeleng kepala saje jurujual2 tu.. Hangin aku.  Lasy2 gi kat Daiso Mahkota Prade.  Dia cakap stok takde plak.. Argghhhh... Pergi ke Daiso Jusco Ayer Keruh. Ada tapi sepesen aje. Jenis yang stick (melekat). Aku yang eksaited ni tak perasan, terus beli... Bila check2 kat umah, baru perasan.  Sesuai letak kat paha, tapak kaki, bawah ketiak, badan.  Emmm takpelah.. Aku sebenarnya nak yang jenis pegang dalam poket.  Tak kisahlah.  Asalkan ada.


Pocket warmer

Selepas pergi :  Rupanya bila sampai sana baru perasan aku salah beli.. huhuhuh.. aku beli yang utk kaki punya.. patutlah ada sticker.. Adoiyaiiii... Erm kowang kalau nak beli, pastikan memang jenis yang betul... boleh dipegang dalam poket!!!

Vacuum Bag
Oh ye, yang ini terpulanglah pada kowang nak guna ke tidak.  Aku memang gunakan ketika otw ke sana.  Yelah, malas nak bawak beg besar2 sebab nak isi pakaian winter ni.  Tahu jelah kan, wintercoat kan besar dan tebal.  So, guna vacuum bag ni memang menjimatkan space lah.  Daripada saiz dia yang besar gedabak tu, boleh jadi leper dan nipis.  Keluarga lain dok sibuk tarik beg sowang satu (sebab dalamnya isi pakaian winter yang nak kena salin bila sampai airport Korea), aku ngan hubby hanya bawa sebuah beg kecil yang muat untuk pakaian winter kami berdua.  Senangkan? Harga pun taklah mahal.  Aku beli kat UT dengan harga RM19.90 untuk 2 vacuum bag.  1 saiz besar, 1 lagi saiz kecil. Kalau kat luar mahal kot.




Selepas pergi : Berguna jugaklah sebab nak jimat space.. Org lain aku tgk dok heret beg besau yang penuh ngan wintercoat.. Aku nya nipis aje.. bangga gaklah.. wakakaka...


Inilah serba sedikit tips dan persediaan aku nak ke Korea.  Kemian eksaited lagi kan? Bukan apa, senang nanti tak payah nak kalut2 kalau sampai masa nak berangkat.  Lagi satu, dalam phone aku dah download sesiap Currency.  Senang masa nak bershopping nanti. Takde le nanti terlajak berbelanja. Hahahaha..

Ok, nantikan entry seterusnya di Bumi Korea... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan