Isnin, 27 Jun 2016

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah, pada tahun ini bersamaan 1436H, atau 2015 aku dan suami berpeluang mengerjakan haji.  Sangat-sangat bersyukur kerana dalam usiaku 35 tahun, aku dapat mengerjakan fardu haji ini.  Bertuah sesangat kerana kesihatan masih mengizinkan dan diri masih bertenaga. 

Pada bulan Januari hingga bulan April, kami telah menghadiri kursus intensif untuk bakal jemaah haji yang . Sangat bermakna kursus ini pada aku.  Yelah, banyak ilmu atau output yang aku dapat.  Rasanya, kalau hanya berpandukan buku dan video sahaja memang tidak mencukupi.  Ada juga peserta lain yang dah mengikuti kursus ini untuk 1,2 tahun sebelum ini. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman mereka berkaitan ibadah haji. Oleh kerana ini kali pertama aku mengikuti kursus seumpama ini, maka aku memang betul-betul fokus.  Rugi weiii kalau tak dengar betul-betul apa yang disampaikan oleh ustaz atau ustazah.

Seterusnya aku dan suami mengikuti pula kursus haji perdana di Masjid Paroi Jaya pada 1 Ogos 2015 (Sabtu).  Semua bakal jemaah haji seluruh Negeri Sembilan yang akan menunaikan haji pada tahun ini berkumpul dan melakukan kursus bersama termasuklah solat-solat sunat, Qiamulail, amali Tawaf, bermabit,Sai' dan melontar.  

Selesai habis kursus perdana, aku dan hubby mula mengumpul sedikit-sedikit barang keperluan yang akan kami bawa ke sana.  Aku adalah dapatkan tip-tip dari blog rakan-rakan yang telah ke sana. Sungguh banyak membantu.

Persediaan mental dan fizikal juga penting.  Kesihatan dah mula kena jaga.  Aku pun mula makan makanan kesihatan yang dibekalkan oleh sumbangan korporat melalui tabung haji. Appetton.  Kalau nak beli sendiri ni, mahal jugak.. Banyak lagi sumbangan dari pelbagai korporat.  Semuanya berguna semasa di sana seperti ubat-ubatan, tikar,  spray wuduk, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain lagi.

Pakaian... memang aku sediakan banyak..Sebab aku memang jenis yang suka bersiap sedia... kalau balik kampung pun macam tu juga.. Baju kurung adalah dalam 5 pasang manakala jubah pula aku bawa dalam 5 pasang juga.  Tudung tu aku bawa jenis yang sarung terus aje.. Tak payah nak belit2.. Kat sana kan kita mengejar masa... Tudung tu dalam 4 helai sahaja.. Telekung pula 3 pasang. Stoking lengan dan stoking kaki (wajib yg tebal ye) masing2 dalam 3 set. Ubat-ubatan juga tidak dilupa seperti ubat batuk, panadol, minyak angin dan pil chek it teck on. 

Buku2 doa memang sangat perlu.  Pihak Tabung Haji ada menyumbang buku-buku berkaitan.  Aku memang pilih buku2 doa.. Ada jugaklah aku print doa2 panjang (pandai2lah pilih) dari internet.  Senang, di sana nanti masa terluang boleh dibaca doa2 tu..

Semua barang-barang keperluan ni aku isi dalam bagasi saiz paling besar tu.. Pakaian semua ku gulung2 (tips kurangkan space). Begitu juga suami. Puas hati, muat semuanya dalam 1 beg sahaja. Hihihihi.... 


Rabu, 4 November 2015

Coretan Haji 2015 (Part 1)

Labbaik allahumma labbaik.....
Alhamdulillah pada tahun ini aku dan suami dipanggil menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan rukun haji.  Pejam celik, pejam celik dah sampai masanya kami berangkat menunaikan rukun islam yang kelima ini.  Dah lama kami menantikan saat-saat ini.  

24 OGOS 2015 (ISNIN)

Pada tanggal 24 Ogos 2015 (Isnin), aku dan suami telah mula bercuti kerana pada sebelah malamnya kami dijadualkan terbang ke Madinah. Siangnya kami membuat persiapan-persiapan akhir.  Sebenarnya lagi seminggu lagi nak berangkat aku dah menyemak apa yang patut.. Ni kira untuk pastikan semuanya berjalan lancar. 

Sejak pagi rumahku telah dikunjungi oleh sanak saudara.  Selepas Asar, kami telah mengadakan majlis doa selamat dan jamuan kecil khas untuk pemergian kami ke sana.   Makanan aku order je ngan makcik kantin sekolah.  Mee goreng dan 2 jenis kuih.  Senang sebab lepas majlis doa selamat semua penghuni dalam rumah aku akan menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. So, tak payahlah mereka susah-susah nak mengemas rumahkan...

Jam 6.45 petang kami bertolak dari rumah ke Kelana Jaya.  Hampir maghrib baru kami sampai di sana.  Orang punyalah ramai.  Pandai-pandailah cari port untuk duduk.  Ramai sanak saudara datang menghantar jemaah lain juga.  Mak, ayah, Fazi, Nana, Makcik Miah, anak-anakku, Kak Dana dan Abang Usop serta anaknya Anis menemani kami hingga malam.  Hatiku dah mula rasa sayu bila pandang wajah anak-anak.  Mana pernah kami tinggalkan diaorag ni lama-lama... Paling lama pun 2 minggu semasa kami menunaikan umrah dulu.

Tinggallah nanti ye sayang..

Sempat berpossing dulu...

Perkara pertama yang kami lakukan dulu ialah check-in luggage. Hanya beg yang besar tu aje tau.  Beg kuning 5 kg tu boleh di bawa sebagai hand luggage nanti. Kemudian kami diberikan beg kecil berwarna meroon.  Dalam tu diisikan passport, kad kesihatan dan ditampalkan sticker penginapan kami di Madinah.  Beg kecil ni dinasihatkan sentiasa bawa ke mana pergi sepanjang di sana nanti.

Beg kecil untuk jemaah haji..
Selepas itu kami kena mendengar taklimat sebelum menaiki bas ke Lapangan Terbang KLIA.  Biasalah taklimat mengenai persediaan sepanjang di sana dan mengenai solat di dalam flight.  

Dalam dewan dengar taklimat
Apa yang aku lihat di sini, pengurusan Tabung Haji memang sangat bagus.  Luggage tak perlulah nak angkat berat-berat sampai airport.  Semuanya diuruskan dengan baik oleh TH.  Hinggakan layanan pada kami pun tersangatlah marbelesnya.. Muka petugas sentiasa tersenyum.  Iyelah, macam layanan vip rasanya.  Selepas taklimat kami mula berangkat secara konvoi ke KLIA.  Kami dapat naik bas no.1 sit 15 dan 16.  Sepanjang kami di sana dieskot oleh sepasukan polis traffik depan dan belakang.  Wowww...  Bangga plak rasanya...

Kami menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan 2 kali makan disediakan.  Nasib baik aku dan suami dibahagian depan sekali.  Kaki dapatlah berlunjur dan selesa.  Alhamdulillah.  Makanan pun oklah.  Tak sempat nak snap gambar sebab terlupa... hihihi

Sebelum terbang di KLIA
Sangat selesa menaiki Saudi Arabian Airlines


25 OGOS 2015 (SELASA)

Jam 9.45 pagi waktu tempatan kami sampai di Airport Madinah (nama airport ni aku tak tahu apa).  Proses dengan imegresen sekejap aje.  Kemudian kami menaiki bas menuju ke hotel penginapan.  Luggage kami tak perlu bawa pun kerana telah dihantar terus ke hotel. Cuaca cantik pagi ini.  Suhunya 35 darjah sahaja.


Dah sampai airport
Pemandangan dari dalam bas ke hotel
Sampai aje hotel terus check-in.  Di Madinah ni kami menginap di Hotel Movenpick selama 8 hari.  Hotel kami sangat hampir dengan Masjid Nabawi.  Cuma 100 meter aje.  Kawan sebilik aku ialah Kak Aishah, Kak Rozie dan Kak Jun.  Dalam ramai-ramai ni aku yang paling muda.  Mereka ni semua baik-baik belaka.  Kelakar.. Boleh kata kami sekepalalah. Alhamdulillah... Setiap kali solat 5 waktu, memang kami di masjid sahaja.  Rugilah tak pergikan sebab jaraknya sangat dekat.

Bilik berempat (yang ada beg tu la katil aku)

Ala-ala KFC lah ni...

Bilik 6080

Di hotel ni ruang makan kami disediakan ditingkat 1.  Kemudahan memang selesa. Kerusi meja memang banyak. Tak perlu nak berebut-rebut ye.  Time makan, lelaki dan perempuan diasingkan tempat mengambil makanan.  Lepas ambil makanan bolehlah duduk dengan pasangan masing-masing. Kupon disediakan untuk tebus makanan.  Apa guna kupon? Yelah... supaya bilangan makanan mencukupi.. Maklum ler kalau dah ramai-ramai ni kan...


Menjamu selera..

Selain itu, di tingkat 1 ni juga disediakan perkhidmatan pos, kaunter pengeluaran duit dan tempat menerima rawatan bagi yang sakit.  Boleh dikatakan serba serbi lengkaplah perkhidmatan yang disediakan oleh TH ni.


Kaunter pengeluaran duit yang disediakan...

Selepas berehat sekejap di dalam bilik, aku dan suami berjalan-jalan di sekitar hotel sementara menunggu waktu solat maghrib... Beli jugak sedikit barang keperluan berbentuk makanan untuk stok dalam bilik memasing.


Di depan Masjid Nabawi

Di hadapan hotel yang kami menginap sepanjang berada di Madinah

26 OGOS 2015 (Rabu)

Pada hari ini alhamdulillah aku dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi.  Kiranya, awal jugalah aku telah sampai di masjid iaitu jam 3.30 pagi... Tapi seawal itu pun masjid dah penuh dengan jemaah.  Aku teragak-agak untuk menyelit masuk ke dalam masjid, tapi takut pulak.. Maklum le.. dah lambat, confirm-confirm le susah nak masuk ke dalam.. Redha ajelah solat di perkarangan masjid untuk Subuh pertama di Masjid Nabawi ini.  Pengajaran untuk aku dan hari-hari esok.  Kena sampai awal lagi kalau nak merasa solat di dalam masjid.  

Subuh di perkarangan Masjid Nabawi


Seterusnya pada hari ini kami ada aktiviti ziarah Raudhah dan Perkuburan Baki'.  Semua jemaah dikehendaki berkumpul dahulu di bawah hotel sebelum sama-sama memasuki kawasan Raudhah. Walaupun ini bukan kali pertama aku mengunjungi Raudhah, namun hati tetap berdebar-debar untuk memasuki kawasan tersebut.  Kami dipisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan kerana kami semua akan melalui laluan berbeza.  Jemaah perempuan dipandu oleh petugas TH yang berpengalaman. 


Kami berkumpul dahulu sebelum memasuki Raudhah

Untuk memasuki ke kawasan Raudhah ni, kita kena menunggu di beberapa station.  Waktu menunggu bergantung kepada jumlah jemaah yang menunggu giliran untuk menziarah Kalau nak dibandingkan waktu umrah dulu, rasanya memang waktu haji ni penuh sesak. Jemaah dari pelbagai negara.  Macam-macam gelagat dapat dilihat.  Aku dengan kawan-kawan sebilik memang tak berpecah.  Takut hilang nanti... Hahahaha... Sementara menunggu giliran, kami buat apa-apa solat yang perlu.  Ada juga yang membaca Al-Quran. 


Bersama rakan sebilik, Prof. Dr. Rodziah

Akhirnya tiba juga giliran kami.... Subhanallah, tanpa diminta air mata berlinangan tanda syukur.  Dalam kawasan Raudhah, aku sempat menunaikan solat taubat, solat sunat dan sujud syukur.  Tenang aje rasa hati sepanjang mengerjakan ibadah di sini.  Ada juga jemaah dari negara lain yang berebut-rebut.  Nak-nak yang berpakaian jubah hitam ni. Mereka main rempuh sahaja untuk mendapatkan tempat yang diinginkan.  Jadi, hati-hatilah ye... Yang penting kita sabar dan beradab... InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.


Makanan yang disediakan oleh pihak TH

Dalam tengahari baru kami selesai keluar dari kawasan masjid.  Aku dan suami terus ke kafe yang disediakan TH.  Makanan disediakan dalam kotak seperti di atas.  Semuanya masih panas dan segar.  Alhamdulillah, kenyang perut kami di Madinah ini.  Masakan pun sedap.  Seelah malamnya, aku dan rakan-rakan sebilik pergi sendiri melawat raudhah. Sama juga situasinya, ramai sahaja jemaah yang menunggu giliran.  Station yang terakhir ada satu peristiwa yang dapat aku lupakan di mana terdapat sekumpulan kecil jemaah dari China.  Salah satu darinya telah terlepas hajat di situ juga... Kesiannya, mungkin jemaah itu sudah terpaksa kerana nak menunggu giliran semula, belum tentu dapat masuk kerana ramai orang.  Tapi petugas pembersihan di dalam masjid cepat membersihkannya. Jam 1 pagi kami sampai di bilik dan terus tidur.  Nak kumpul tenaga untuk esok pula...


27 OGOS 2015 (Khamis)

Ok... hari ini ibadah macam biasa.  Bangun awal-awal dari semalam dan dapat solat jemaah di dalam masjid.  Kali ini aku dapat memilih saf mana nak duduk kerana jemaah belum ramai lagi.. Gembiranya hati.  Kelihatan polis wanita bertugas sibuk menyusun kedudukan jemaah untuk memuatkan seramai yang boleh.  Ada juga yang buat keras aje. Duduk bersila besar-besar.  Kami yang negera serumpun ni (Malaysia dan Indonesia) punyalah mengecil-ngecilkan diri untuk bagi jemaah lain merasa duduk dalam saf. InsyaAllah, nanti kalau you all berpeluang mengerjakan haji, you all akan faham makna ikatan kekeluargaan, hormat menghormati dan bersopan.. 


Kali ni kami dapat duduk di saf depan

Program pagi ini kami KT20 di bawa melawat ke Ladang Kurma.  Sebuah bazar dikelilingi pokok-pokok kurma. Bermacam-macam jenis kurma yang dijual di sini.  Selain kurma, ada juga cokelat, gula-gula, buah tin, kuaci, kekacang dan lain-lain di jual di sini.  Harga barang-barang memang  tetap dan tiada tawar menawar dibenarkan.  Yang seronoknya, kita boleh makan pelbagai jualan dengan percuma untuk merasa.  Para peniaga ramai yang fasih berbahasa melayu.. So jangan risaulah.  "Halal.. halal... Rasa buk, rasa.." Riuh jadinya dalam bazar tu.  Semasa di Malaysia, aku telah diingatkan oleh saudara mara yang pernah ke sana agar membeli kurma di sekitar Madinah sahaja kerana harganya  lebih murah dari Mekah.  Aku dan suami memang banyak membeli di bazar ini sahaja. Di belakang bazar pula ada tempat untuk bergambar dan rehat-rehat.  Ada juga disediakan air teh / epal percuma untuk basahkan tekak.  Ramai yang mencuba.  

Dalam ladang kurma


Suasana dalam bazar kurma

Selepas puas membeli belah dan bergambar sakan di Ladang Kurma, kami dibawa melawat Masjid Quba'.  Subhanallah.... indah sungguh masjid ini.  Dari jauh dah nampak bersih sahaja kerana keseluruhan masjid ini berwarna putih.. Suci.  Sebelum turun, mutawif memberi sedikit penerangan latar belakang berkaitan Masjid Quba' dan menasihatkan kami agar agar mengingati betul-betul nombor dan kedudukan bas agar tidak tersilap nanti.  Ini kerana terdapat puluhan bas di sekeliling masjid ini dan kelihatan hampir sama. Laluan ke pintu masuk jemaah lelaki dan perempuan juga tidak sama.  


Masjid Quba'

Kami semua menunaikan solat sunat di dalam masjid untuk mengambil keberkatan peristiwa yang berlaku di  masjid ini.   Fadhilat mengerjakan solat di sini sangat besar iaitu sama pahalanya dengan mengerjakan umrah.  Memang terasa khusyuk sahaja bersolat di sini.


Matahari sudah meninggi di atas kepala ketika kami menziarah di Bukit Uhud (Bukit memanah). Cuaca di sini amat terik.  Tapi oleh kerana angin juga bertiup kencang, maka kuranglah sedikit rasa membahang tu.  Kawasan di sini luas juga.  Dikelilingi bukit-bukit dan gunung-ganang sayup-sayup di lihat.  

Suasana di Bukit Uhud (berlatar belakangkan makam Sayidina Hamzah)

Kelihatan ramai jemaah mengambil kesempatan menziarahi kawasan penuh bersejarah ini.  Menurut sejarah, pernah berlaku peperangan besar antara umat Islam dan tentera Quraisy.  Nak tahu lebih lanjut korang rujuklah encik google ye.. Sedih tau kalau kita betul-betul menghayati peristiwa tersebut.  


Dalam jaring tu lah terletaknya makam Sayidina Hamzah
Disekeliling kawasan bukit ini, terdapat kompleks makam para shuhada yang di dalamnya ada makam Sayidina Hamzah.  Boleh dilihat melalui celah-celah jaring yang disediakan. Aku dan suami tidak mendaki bukit tersebut memandangkan semasa mengerjakan umrah dahulu kami pernah merasa pengalaman itu.  Lagipun, suasana pada musim haji ni lain... Pengunjung lebih ramai dan sesak.  Kami mengambil kesempatan  yang ada dengan mengabadikan gambar untuk kenang-kenangan.  Oleh kerana cuaca panas, memang sesuai jika kita memakai spek mata hitam. Sekitar kawasan ini juga ramai peniaga tempatan menjual barang-barang seperti kurma, gajus, tasbih koka, ketayap, minyak wangi, sejadah, hati unta, akar fatimah dan macam-macam lagi.  Kami sempat menikmati ais krim buatan tempatan dengan harga 2 Riyal... Sedap juga..



Panas-panas memang syok pekena ais krim!
Balik dari ziarah, badan aku dah mula rasa tak sedap.  Kepala dah mula rasa pening. Mungkin kerana cuaca panas tadi agaknya.  Maybe jugak aku tak cukup rehat kerana setakat beberapa hari di Madinah ni, program yang disediakan oleh pihak TH agak padat. Nasib baik aku memang ada membawa sedikit bekalan asas ubat-ubatan seperti panadol. Sampai aje bilik, tak lengah aku telan 2 biji.  Sebelum solat asar, sempat jugaklah aku dan rakan sebilik shopping sikit-sikit.  Bukan apa, saje nak cuci mata... Takleh ikutkan sangat pening kepala ni.. Baki hari yang kulalui hari ini seperti biasalah, solat jemaah di masjid dan sambung baca Quran. 


28 OGOS 2015 (Jumaat)


Lunch kami pada hari ini..

Hari ini aktiviti bebas memandangkan hari Jumaat.  Masa singkat untuk mengejarkan solat Jumaat bagi jemaah lelaki.  Suami awal-awal lagi sudah menuju ke masjid.  Bagi jemaah wanita, kami tidak diwajibkan untuk solat Jumaat.  Jadi, kami solat di bilik sahaja.  Aku suka melihat suasana dalam masjid dengan menonton paparan yang terdapat di tv yang disediakan dalam bilik.  Sejuk aje rasa hati.  Dapat lihat dari banyak sudut.  Muka imam pun dapat dilihat dengan jelas sekali.  Alhamdulillah, hari ini, barulah aku ada semangat nak membeli barang cenderahati buat kaum keluarga ku dan rakan-rakan.  Tapi jangan salah faham ye, saya bukanlah membeli gile-gile kat sini.  Cukuplah sekadar sedikit tanda ingatan sahaja.  Bukan apa, memang aku dan suami telah buat keputusan untuk habiskan membeli barang-barang di sini sahaja... Di Mekah nanti kami nak fokuskan pada ibadah sahaja.  Tak nak fikir apa-apa dah di Mekah nanti.  So, kami beli yang mana patut, kemudian packing dan terus pos kan ke Malaysia.


29 OGOS 2015 (Sabtu)

Sabtu... Hari ini aktiviti kami bebas lagi.  Jadi hari ini aku meneman suami keluar shopping untuk mencari cenderahati buat keluarga dan rakan-rakannya.  Aku adalah membeli beberapa helai jubah untuk anak-anak, kaum keluarga dan tak lupa juga diri sendiri. Haaa... tips nak kongsi ni.. kalau kowang nak beli jubah, eloklah membeli di Madinah ni kerana harganya lebih murah dan designnya lebih up to date dan banyak sangat pilihan. Kena pandai menawar ye! Tawar sampai separuh harga dari harga yang diberi.  


Kurma ni perlu korang cuba. Manis!!
Di bilik kami dah mula mengemas-ngemas barang yang hendak diposkan ke Malaysia. Syukur sangat-sangat kerana TH ada menyediakan perkhidmatan pos barang untuk para jemaah.  Mereka akan tolong timbangkan kotak dan buat pengiraan bayaran.  Kita cuma perlu isikan maklumat seperti alamat di Malaysia sahaja.  Mudah bukan? Untuk kami, sekotak penuh jugaklah (saiz sederhana).  Berat sebab kami poskan juga buah kurma.  Pos penghantaran ialah RM 14 sekilo.  So, kotak aku dah 18 kilo.  Maka  kos penghantaran aku ialah RM 252 sahaja... Fuhhh... hamek ko... hahahaha.... bayar ajelah.. janji selamat sampai.  Semasa di tempat penghantaran tu, keadaan penuh sesak.  Kotak-kotak memang terdapat dimerata-rata.  Semuanya bertuan.  Ada yang besar, ada yang kecil... Riuh!


Sebelum diterbangkan ke Malaysia


Masing-masing sibuk mengepos...

Lepas pos perut dah rasa lapar...Kami singgah ke kedai kebab dan mencuba kebab orang sana.  Rasanya lebih kurang aje rasa kebab Malaysia ni. Boleh le kowang cuba nanti. Kemudiannya aku dan suami bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.  Malas nak  berulang alik... So, kami duduk sahaja di masjid sambil mengahbiskan bacaan Quran, berzikir dan buat solat-solat tertentu.


Kebab yang sedap!!!

30 & 31 OGOS 2015 (Ahad dan Isnin)

Untuk 2 hari ini, aku banyak berehat di dalam bilik.  Kecuali waktu solat yang 5 tu aje aku turun ke masjid.  Maklum le, dekat aje kan. Aku sibuk mengemas beg sebab esoknya semua beg-beg akan dikumpulkan oleh pihak pengurusan TH.  Kami juga telah diedarkan sticker yang tertera nama hotel dan nombor bilik di Mekah nanti.  Aku ditempatkan di hotel Manar Al Shorouq.  Suami pun bersebelahan aje dengan bilik aku.  Bila aku check dengan rakan sebilik, hanya aku dan Kak Aisah aje yang sama nombor biliknya.  Dr. Rozi dan Kak Jun pula sebilik.  Maknanya kami berempat dah tak sebilik lagi.  Dapat rakan sebilik yang barulah nampaknya... Hari ini aku menghabiskan bacaan Al Quran sebab memang dah niat nak khatam Quran sekali di tanah Madinah ini.  Alhamdulillah selamat khatam. Lega rasa hati bila hajat tercapai.


Sticker yang akan digunakan di Mekah

1 SEPTEMBER 2015 (SELASA)

Rutin aktiviti seperti biasalah.. Banyak habiskan masa di masjid.. Maklum lah... kami tinggal sedikit masa aje lagi duduk di bumi Madinah ini.  Lepas ni kami semua akan mengerjakan ibadat wajib iaitu menunaikan haji di Mekah.  Lebih kurang jam 2.30 petang, kami diminta mengumpulkan beg berhampiran dengan lif. Nasib baik tempat pengumpulan tu satu aras aje dengan bilik kami.  Jadi tak perlu lah nak mengangkut beg-beg yang besar dan berat tu...


Deretan beg para jemaah

 Hari ini juga aku dapat call anak-anak.  Saje nak lepaskan rindu pada mereka.  Alhamdulillah, nampaknya mereka semua sihat.  


2 SEPTEMBER 2015 (Rabu)

Pagi lagi selepas solat Subuh, aku dan suami membuat ziarah Wada' (selamat tinggal) pada junjungan Rasulullah kerana pada jam 12.30 tengahari kami semua akan berangkat ke Mekah.  Pada saat membuat ziarah Wida' tu, aku memandang sepuas-puasnya setiap sudut Masjid Nabawi ini.  Sayu pula rasa hati ini untuk bergerak pergi.  Tatkala ini, aku rasa jarakku begitu hampir dengan Rasulullah saw... Kami abadikan kenangan dengan mengambil gambar kubah hijau di luar masjid.


Selamat tinggal...
Semoga kami dapat jejakkan lagi ke sini.... 

Perjalanan ke Mekah mengambil masa 7-8 jam.  Jarak Hotel Movenpick ke Bir Ali (tempat bermiqat) cuma 7 km sahaja.  Ia mengambil masa kira-kira 15-20 minit perjalanan menaiki bas.  Hati ku memang berdebar-debar ketika ini.  Kerana inilah miqat kami yang pertama untuk mengerjakan umrah pada kali ini.  


Kami dah mula berihram...

Perjalanan kurasakan sangat jauh.  Tapi mata ku memang tak lepas-lepas memandang ke luar tingkap kerana aku tak mahu ketinggalan sedikit pun panorama indah sepanjang ke Mekah.  Pada mulanya kami semua berzikir, tapi lama kelamaan suara zikir itu makin sayup-sayup aje kedengaran dek telingaku.. Rupa-rupanya ramai yang dah tertidur keletihan dan mereka juga nak kumpul tenaga kerana di Mekah menantikan pelbagai tuntutan ibadah.  


Tahan mata menikmati permandangan yang indah..

Permandangan yang cantik.. seluas mata memandang...

Permandangan disepanjang kiri dan kanan jalan raya memang saujana mata memandang. Kelihatan banyak batu batan sahaja dan cuaca agak panas membahang. Kami ada melalui beberapa check point disepanjang perjalanan ini.  Kerajaan Arab Saudi membuat beberapa pemeriksaan di sini.  Setiap kali ada check point, pelbagai cederahati yang diberikan kepada setiap jemaah.  Bagaikan layanan VIP pula rasanya.  Ada yang diberi dalam bungkusan plastik malah ada juga dalam kotak.  Menurut pegawai TH barangan tersebut adalah sumbangan dari badan-badan korporat di sana tanda mengalukan kedatangan kami.  Syukur alhamdulillah.. rezeki... Antara barangan yang kami dapat ialah roti, biskut, kekacang, buah epal, air kotak, cokelat, kurma, air zamzam dan tasbih. Memandangkan kami semua masih dalam ihram, maka perlu berhati-hati agar tidak terbatal. 


Hotel Manar Al-Shorouq, Mekah

Akhirnya jam 8.30 malam, barulah kami semua sampai ke Hotel Manar Al- Shorouq.  Jarak hotel ini ke Masjidil Haram ialah 900 meter.  Dalam keletihan, aku masuk ke bilik dan apa yang menarik hati, bagasi-bagasi kami telah tersusun elok ditengah-tengah bilik.. Sungguh cekappengurusan TH ni.  Tak payah kami penat-penat mengangkat beg-beg yang besar tu. Katanya beg kami ni dah lama dah sampai. Sebab itu kami kena mengumpul beg-beg di luar lif tu.. Ingat lagi tak?  Memandangkan aku orang yang pertama sampai ke bilik, jadi aku boleh memilih katil yang sesuai.. Aku selesa berada di tengah... Dalam bilik ini memuatkan 6 buah katil.  Selesa jugaklah... ada aircond juga tau!


Beginilah keadaan dalam bilik jemaah (nak balik baru sempat snap)

Kami menyusun apa yang patut dan kemudian berehat-rehat sekejap.  Nak mandi-mandi tunggu dululah sebab kami masih menjaga ihram kami.  Jam 11 malam barulah kami semua dipandu oleh pegawai TH untuk melakukan Tawaf dan Sai'.  Alhamdulillah... jam 1.30 pagi aku dan suami selamat menunaikan umrah yang pertama.  


Selesai  umrah untuk hari ini...

Pengalaman nak aku share kat sini:
Memanglah pegawai TH akan pandu kita.  Nanti ada budak lelaki yang diupah pegang bendera.  Dia akan sentiasa dihadapan sebagai panduan pergerakan kita sepanjang hari itu.  Tapikan, apa yang aku lihat, kalau kita terlambat, budak pegang bendera tu akan menonong laju aje ke hadapan.  Nasib kowanglah kalau lambat.  Nasib aku dengan suami memang dah ada pengalaman mengerjakan umrah beberapa tahun dulu. Jadi kami tahu selok belok di dalam kawasan masjid tu. Memang kami ditinggalkan pada malam itu sebab suami ke tandas.  The moral of the story, gi tandas siap-siap ye! hahaha...

3 SEPTEMBER 2015 ( KHAMIS)

Hari ini first time aku membasuh baju di hotel ni.  Alatan-alatan nak membasuh memang mudah didapati di kedai-kedai runcit.  Sabun serbuk dipacking dalam kotak-kotak kecil dan comel. Murah aje.  Tempat menyidai adalah dibahagian atas hotel.  Tali-tali penyidai memang ada disediakan.. kalau tak cukup, boleh ikat sendiri tali di tempat yang dirasakan sesuai.  Area atas ni angin memang kuat dan panas.  Sekejap aje sidai, semua pakaian kering... kalau lambat angkat, boleh jadi keropoklah nanti.. hahahaha... Kadang-kadang en. hubby ada jugak meneman dan tolong sidai.


Cepat kering.... senang
Alhamdulillah.. rakan-rakan sebilik nampaknya semua ok.  Boleh ngam lah kami ni semua. ada Acik Idah, Amalina, Kak Azizah, Kak Faridah dan Kak Aisah.  Jam 3.30 petangnya kami semua ke Tanaim untuk membuat bermiqat umrah yang kedua.  Hari ini suasana agak sesak.  Ribuan jemaah juga mengerjakan ibadah yang sama.  Aku dan suami cuba untuk tawaf di bahagian bawah sekali, tapi hanya dapat buat 1 pusingan sahaja.  Makanya kami cuba pula untuk tawaf dibahagian paling atas sekali, lagilah panjang nak menunggu giliran.  Adalah dalam 20 minit juga kami menunggu, tapi masih tak berpeluang nak masuk.  Akhirnya, waktu Asar pun tiba... Kami terus menunaikan solat Asar dahulu dan berdoa agar dipermudahkan urusan kami ini.  Kami terus turun semula ke bahagian paling bawah  dan alhamdulillah, kami boleh mencelah dan selesaikan umrah kedua kami.  Syukur... selepas Isyak, baru kami balik ke hotel.


Selepas selesai umrah...

6 - 12 SEPTEMBER 2015

Aktiviti pada hari ini bebas di sebelah paginya.   Badan rasa letih sedikit dan rasa rugi sangat tak ke masjid. Aku hanya solat berjemaah di surau maktab aje.  Nak buat macam mana, kaki, keting, pinggang dan bahu masih rasa sakit-sakit.  Banyak berjalan agaknya.  Dalam bilik, aku banyakkan mengaji kerana nak capai visi, khatam seberapa banyak yang boleh. 

Jam 10 malam, kami bergerak ke Tanaim untuk niat umrah yang ketiga.  TH memang ada sediakan perkhidmatan bas untuk ke Tanaim.  Cuma bayar tambang sahaja.  Ada juga yang naik teksi.  Dalam bas, tetiba alarm phone berbunyi... MasyaAllah... rupanya hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13.  Sungguh kami lupa... Alhamdulillah... dapat kami menyambutnya di bumi Mekah ini.  Malam ini juga perjalanan ibadah kami lancar.. Kami memilih untuk tawaf ditingkat 3. Agak besar sedikitlah jaraknya tu...

Bergunting.. buat sendiri je..

7 September, alhamdulillah, sebelum tidur aku dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Tercapai hajat.  Gembira sangat-sangat.  Hari-hari berikutnya seperti biasa, mengerjakan umrah juga.  Kami sempat mengerjakan umrah 5 kali sepanjang berada di sini.  Semuanya kami kerjakan pada waktu malam.  Oh ya hari ini juga kami lunch dengan membeli lauk di kafe.  Mahal jugak harganya.  Kari ikan tenggiri (sekeping) RM14 dan ikan kembong masak kicap (seekor) RM5.  Tapi rasanya memang terasa macam kita makan kat restoran Malaysia aje... Sedap!!!!


11 SEPTEMBER 2015 (JUMAAT)

Lepas solat asar, kononnya kami nak keluar membeli belah sedikit.  Tapi kami tak lepas keluar keluar hotel kerana hujan ribut pasir yang kuat di luar hotel.  Jadi, kami hanya menunggu di ruang lobi sementara menunggu hujan pasir tersebut reda. Subhanallah... tak sangka dapat melihat sendiri kejadian itu.  Selalunya tengok dalam tv aje.  Memang nampak clear sangat pasir-pasir mencurah dari cermin lobi.  Masing-masing tidak berani hendak keluar pada waktu ini.  Sewa tambang teksi juga jadi mahal ketika ini.  Ada juga pemandu yang tidak mahu mengambil penumpang.  Risiko katanya.

Dukacitanya, sebelum maghrib, semua jemaah mendapat berita sedih di mana petugas TH memberitahu bahawa ada musibah berlaku di masjidil haram.  Ada kren jatuh dan lebih kurang 100 orang terkorban... termasuk beberapa orang jemaah Malaysia.  Solat maghrib dan isya kelihatan sugul. Semua jemaah yang hadir merasai kehilangan... Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

12 SEPTEMBER 2015 (SABTU)

Kejutan.  Lepas solat isya hubby ketuk pintu bilik menyuruh aku turun ke lobi dengan segera.  Katanya kawan dia yang menetap di Mekah mahu berjumpa.  Aku ni pakai punyalah sempoi sahaja. Berstokin dan memakai selipar jepun sahaja.  Dah katanya mahu berjumpa di lobi.  Rupa-rupanya Hj. Ali (kawan hubby) nak bawa kami jalan-jalan sekitar Mekah dan makan-makan.  Kami dibawa ke Macca Mall. Aduh... malunya aku... pak arab-pak arab dan mak arab-mak arab tengok aku dengan selipar jepun ni. :)  Paling best dapat lihat pameran  tentang perkembangan kota Mekah dari dahulu hingga plan masa akan datang. More to Perancangan pembangunan.  Hj. Ali ni memang fasih berbahasa arab.   Begitu juga isterinya Hjh. Rasyidah.  Maklum ler lama dah menetap di situ.  


Tengah asyik melihat replika

Atas comelkan? Pada hal bawah selipar jepun.. hihihi

Kenangan bersama salah seorang petugas yang baik hati ni...

Kami dilayan dengan baik oleh petugas pameran tersebut bila Jh. Ali perkenalkan kami ni jemaah haji Malaysia.  Paling paling best dapat cenderahati plug yang ada cetakan cop mohor Nabi Muhammad s.a.w dan senaskah Al-Quran comel.  


Makanan Thai katanya...


Bersama Hjh.  Rasyidah


Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Hj.  Ali memang tak henti-henti memberi penerangan tempat-tempat yang dilalui.    Best!!!  Finally, jam 12 malam barulah kami sampai ke hotel.

15 SEPTEMBER 2015 (SELASA)

Best hari ni kerana surau buat bacaan tahlil dan yaasin.  Selepas itu kami semua dijamu dengan Nasi Mandy.  Spesialnya sebab kami semua makan dalam dulang/talam.  Satu dulang tu boleh makan dalam 10 orang.  Dulang besar tu... Tapikan, bilik kami special sikit sebab owner ( Hj. Hanis) yang menyumbang 4 ekor kambing tu duduk dalam bilik suami.  So, bilik 311, 312 dan 313 dulang makan petugas hangtar kat bilik.  Tak payah makan di bawah... Alhamdulillah.. Semoga bertambah rezeki Hj. Hanis sekeluarga. 


Alhamdulillah.. rezeki... abaikan background tu ye..

Tetapi memandangkan kami hanya berenam sahaja di dalam bilik, maka for sure lah tak habiskan... Banyak sangat rasanya.  Jadi, kami bahagi-bahagi kan dengan bilik-bilik berdekatan.  Biar sama-sama rasa...


18 SEPTEMBER 2015 ( JUMAAT )

Alamak... hari ini start keuzuran pula.  Tapi walau apa pun syukur alhamdulillah sebab bila dikira-kira balik, waktu dah balik dari Arafah (wukuf) nanti, insyaAllah, time tu dah suci untuk mengerjakan  tawaf dan sai'. Untuk buat tawaf memang kena suci dan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.  So, rehat-rehat dululah sementara dalam keadaan uzur ni.  Rugi pun ye... tak dapat ke masjid.  

Jam 5.30 petang, Hj. Ali dan menantunya datang menjemput kami di hotel ke kediamannya di Ka'kia.  Perjalanan mengambil masa dalam 20-30 minit juga.  Sebelum itu dua beranak ni bawa kami melawat pusat persembelihan kambing. Besar sungguh kawasan ni. Punyalah banyak kambing di situ.. Bermacam-macam jenis. Katanya semua kambing-kambing tu standby untuk musim haji ni. 


Berpuluh jenis baka kambing terdapat di sini

Kemudian kami singgah sekejap ke pasar borong.
 Lalu aje tak singgah pun.  Kebetulan, masa kami sampai tu, diaorg tengah susun buah tembikai kot aku rasa.  Punyalah banyak buah tu.


Buah apa tu ek? ke sayur?

Sampai-sampai je, masyaAllah... besar sungguh rumah dia.  3 tingkat tu.  Dalam rumah, susun atur dan perabot memang cantik-cantik belaka.  Lif pun ada.  


Ruang tamu kediaman Hj. Ali dan Hjh. Rasyidah

Di bahagian basement, adalah salon kepunyaan Hjh. Rasyidah.  Sempat jugaklah aku dibawa ke ruang salon tersebut kerana waktu kami datang tu, Hjh. Rasyidah sedang rebonding rambut pelanggannya (Maha).  Dalam salon tu memang complete lah dengan alatan kecantikan ni. Berkenalanlah aku dengan orang tempatan Mekah iaitu Maha. Cantik orangnya. Maha boleh berbahasa inggeris dengan baik.  Sakan kami bersembang.. Ramah orangnya.  Lupa pula aku nak minta facebook dia.  


Ruang salon

Selesai melayan pelanggan, Hjh. Rasyidah ajak aku ke ruang tamu.  Kami dihidangkan dengan kek cokelat yang dibuat oleh anak perempuannya.  Sayangnya anak Hjh. Rasyidah ni tak boleh berbahasa melayu dan inggeris. Di rumah, mereka anak beranak memang cakap arab sepenuhnya.  Payah jugak aku nak berkomunikasi dengan anak dia ni. Kemudiannya, Hjh. Rasyidah menyatakan hasratnya nak belanja kami makan pula.  Rezeki jangan ditolak.  Kami dinner di Al-Tasaj Restaurant.  Menunya ayam panggang, ayam goreng, kentang goreng, roti, nasi dan kek.  Sambil makan, kami sembang-sembang.  Jam 12 malam, kami sampai di hotel...


Penuh meja..

19 SEPTEMBER 2015 (SABTU)

Serba salah kami dibuatnya.  Hj. Ali dan isterinya nak bawa kami jalan-jalan lagi hari ini.   Katanya sebelum kami semua berangkat mengerjakan ibadah di Masyair. Demi nak jaga hati pasangan suami isteri yang baik hati ini, suami aku menyatakan yang kami nak balik seawal yang mungkin.  Jadi, jam 10 pagi mereka ambil kami di hotel.  Hari ini kami dibawa melawat ke beberapa tempat yang jemaah lain tak berkesempatan nak datang kot... Mulanya kami menziarahi makam Khalifah Umar bin Abdul Aziz.  Menurut Hj. Ali, makam tersebut jarang dilawati oleh pelancong asing.  Cuma penduduk tempatan aje. Mungkin kerana pakej-pakej umrah tidak masukkannya dalam senarai.  


Di dalam pagar itulah makam Khalifah 

Di atas bukit, merupakan rumah asal Khalifah Umar, tetapi telah usang dan dirobohkan.. hanya ada sedikit peninggalan dan kesannya sahaja. Cuaca pula baik hari ini.  Panas terik.. tapi sanggup kugagahkan untuk mengabadikan memori yang berharga ini.


Nun di atas bukit tu bekas bekas rumah Khalifah Umar

Selepas itu, kami dibawa pula menziarahi makam isteri nabi iaitu  Siti Khadijah binti Khuwailid.  Agak besar juga kawasan perkuburan yang menempatkan makam Siti Khadijah ini.  Semua kubur-kubur di sini cuma ditandakan dengan batu-batu putih sahaja. 



Cuma makam Siti Khadijah berlainan sedikit dimana dibina seperti rumah kecil dan pintunya diwarnakan dengan warna hijau.  Agak jelas juga dari luar pagar aku berdiri tu.


Yang pintu hijau tu

Kemudiannya kami melawat pula ke Jabal Nur. Haaa.. selalunya pelancong bergambar dibahagian depankan?  Kali ini Hj.  Ali bawa kami melalui jalan belakangnya.  Takde le naik ke atas tu... cuma bergambar dari posisi lain aje... hihihi


Burung merpati ni memang ada di mana-mana sahaja


Berlatar belakangkan Jabal Nur


Jalan-jalan, tekak dah haus.  Hj. Ali belanja kami makan daging unta yang telah dibuat nugget.  Rupanya memang tak berapa nak menarik, tapi rasanya perghhh.... sedap tau!!! Dading ni rasanya macam disalai atas api aje.. Ada rasa asap2 sikit. Bila digigit, juicy nya tu keluar banyak dalam mulut... Aduiii ...Rugi plak beli sebekas aje. 


Don't judge the book by it's cover... 


Nugget unta... juicy di dalam...


Jam 12.30 tengahari kami sampai di hotel.  Terima kasih sangat pada Hj. Ali dan isterinya Hjh. Rasyidah kerana melayan kami bagaikan vip di sana. Mereka suami isteri memang baik hati.  Tak terbalas budi mereka ni.  Allah aje yang dapat membalasnya.  Semoga dimurahkan rezeki keluarga ini dan sejahtera setiasa. Amin.. Kalau mereka datang ke Malaysia, insyaAllah kami akan layan mereka sebaik mungkin.


20 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Sebelah siang seperti biasa dengan ibadah-ibadah yang dilakukan seperti jemaah haji yang lain.  Jam 9.00 malam, kami semua berkumpul di surau kerana diadakan ceramah khas persiapan ke Masyair.  


Khusyuk...

Ada seorang ustaz yang dijemput khas untuk memberi ceramah itu. Beliau ni kelakar jugak dalam penyampaian.  Memang tak bosan.  Beliau banyak menunjukkan slaid sebagai gambaran kepada jemaah.  Ceramah dibuat di surau Raudat Al Shorouq (hotel sebelah).  Jam 11 malam baru habis ceramah tersebut.  


Menu hari ini...

21 SEPTEMBER 2015 (ISNIN)

Debaran makin terasa... Semua jemaah sibuk membuat persiapan untuk ke Padang Arafah.  Kami kena sediakan keperluan sepanjang di sana dengan cukup iaitu stok baju dan makanan selama 5 hari.  Kami akan berangkat pada 22/9/2015 sehingga 27/9/2015. So, pepandailah memasing memuatkan beg kuning sumbangan TH tu dengan semaksima yang boleh.  Kami tidak dibenarkan membawa beg lain selain beg kuning itu sahaja. 

Berdebar pula rasanya hati ini.  Macam mana keadaan kat sana? Cukup ke beg kecik ni? Bagaimana nak berkongsi tandas? Semua tu bermain-main dikepala.. Malamnya aku solat hajat agar dipermudahkan segala urusan hajiku dan suami.  Oh ye... malam ini juga kami semua mendapat sticker penginapan di Arafah dan Mina.


Sticker penginapan di Arafah dan Mina

22 SEPTEMBER 2015 (SELASA)

Jam 1.45 petang, kami telah mula menaiki bas.  Aku dan suami menaiki bas nombor 11.  Perjalanan dari Hotel Manar Al Shorouq ke Padang Arafah dalam 20 km sahaja.  Rasa hati bercampur baur... Sayu.. aku nak mengerjakan haji ni... Semasa niat, air mata aku mengalir juga... 

Sempat lagi tu...


Sampai sahaja di sana, aku orang yang pertama dalam khemah yang sampai dahulu. Cuaca panas terik beserta bahang.  Aku banyakkan istigfar.  Satu khemah boleh memuatkan 10 orang jemaah.  Makanya, memang space memasing tu sebesar tikar sejadah tu ajelah.. Pandai-pandailah pakat dengan kawan sekhemah nak susun kedudukan macam mana nanti.  Khemah-khemah tu cuma dipacakkan kayu di tengah-tengahnya sahaja.  Kalau angin kuat, memang terhoyong-hayang jugaklah khemah-khemah tu.  Sedikit-sedikit jemaah sampai.. menjelang tengah malam, penuh dah semua khemah.  

Itulah tempat aku di Padang Arafah ni...


Pengalaman aku kat sini ialah waktu kami di sini, memang terkena musim panas.  Petugas-petugas TH dan ustaz-ustaz yang mengajar kami semasa kursus haji dulu pun dah bagitahu siap-siap akan hal ini.  Bila cuaca panas, memang keadaan jadi tidak selesa.  Kebanyakkan kami hanya duduk diam di bawah khemah pada waktu siang.  Masing-masing melayan perasaan dengan berzikir dan mengaji. Peluh-peluh merasa terasa mengalir di belakang badan.  Maklum le jemaah wanita perlu menjaga aurat dengan sempurna sepanjang berihram.  Bertelekung, berstokin di kaki dan memakai sarung lengan... Mulut kena sentiasa dijaga.  Walaupun panas sehingga suhu 55 darjah celcius, tak boleh bersungut.. 

Ada lagi... didapati sistem pengagihan makanan tidak sistematik.. Ada yang dapat makanan, dan ada jemaah yang tidak dapat makanan.  Yelah, kita kena faham.... jumlah jemaah Malaysia berpuluh ribu... semua berada di sini serentak.. memang payah jugalah nak handle.... Bagi aku di sini, aku memang tak lalu nak makan... bila aku makan, pasti aku luahkan semuanya semula.. sepanjang berada di sini tau.. mungkin sintom2 darah tinggi agaknya. Terasa badan aku lemah.. Cuma bergantung pada air sahaja. 

Yang bersyukur sangat kerana khemah kami berdekatan dengan tandas.  Malamnya sewaktu nak tidur, ribut pasir berlaku.  Cuak juga memasing apabila terdengar siren menandakan semua kena berjaga-jaga.  Sesekali angin ertiup kencang hinggakan nak terbang khemah-khemah di sini.  Semua jemaah bangun, baca Yaasin dan berdoa.  Aku memang tak boleh lelap. Bila pandang luar, nampak memutih aje sebab debu-debu pasir berterbangan.