Sabtu, 14 Jun 2014

Istanbul... Aku datang... (2)

Keesokan harinya, kami berdua bangun agak awal.  Mana taknya, jam dah pukul 4 waktu sana, kami dah bangun. Sana Subuhnya awal.. Lepas menunaikan solat, kami saje je kluar menikmati udara di sekeliling hotel. Mmg time tu takde kereta pun. Sunyi dan lengang. Aku sampai bolehlah ambil gambar di tengah2 jalanraya yg siangnya bertali arus dgn kenderaan. Bukan selalu dpt berjalan di negara org.  Inilah masa aku dan suami search habis2 kawasan kat situ. Rupa2nya ada jugak pasangan suami isteri lain yg sama2 berjalan2 kat luar hotel tu.  Ni kes bgn awallah ni.

                                     Jam 4 lebih pg aku dah merayau kat sekitar hotel...


                                                      First time possing tgh jalan...

Dah puas berjalan2, kami balik ke hotel sebab dah sampai masanya utk amek breakfast. Makanan org Bursa ni sume masin2. Memang tak kena dgn tekak aku yg keMelaysiaan ni.  Pastu, banyak sgt menu yg ada bubuh buah zaiton. Adeh, dah lapar mkn je lah. Nasib baik ada roti. Telur pun ada jugak. Ha, nak konsi kat sini yg telur di Istanbul ni kalernya putih tau. Memula igtkan telur itik tp telur ayam! Saiznya pun besar sedikit dari telur biasa tu.

                                            Breakfast di Hotel Holiday Courts, Kervansaray

Selepas menikmati breakfast, kami sume kena bersiap2 angkat beg masukkan dlm bas sbb lepas ni kami nak menetap di hotel tengah2 bandar Istanbul. Kali ni kami tak naik feri lagi dah. Ikut jalan darat pulak. Tempat pertama yg kami kunjungi pagi tu ialah di Grand Mosque.  Antara tempat bersejarah jugak. Ywuchal bgtahu kami bahawa, Grand Mosque ni telah dibina beratus tahun dahulu.  Di dalamnya terdpt mimbar yg berusia beratus tahun jugak.  Masih dlm keadaan elok strukturnya. Semua perabot dlm masjid ini dibina menggunakan kayu. 

                                                                 Grand Mosque

                                                  Pemandangan dlm Grand Mosque


Selepas satu jam berada di Grand Mosque, waktu lunch pun tiba.  Kami dibawa mkn disebuah restoran tempatan yg terkenal iaitu Kofteci Yusuf. Masa tu mmg perut aku lapar sangat.  Berselera je aku mkn. Menu paling best ialah dagingnya tu.. Dia bakar kot sebab ada rasa asap2 skit. Atas sume meja aku tgk ada diletakkan jeruk cili. Tapi antara kami takde sorang pun yg cuba. Kemudian, kami ada dihidangkan dengan susu.  Harga aku tak pasti. Rasa susu ni errrkkkk... Macam dibubuh garam yg banyak. Masin!!!! Tp menurut Ywuchal, susu tu femes dikalangan penduduk tempatan.  Dia sendiri pun aku tgk minum nak habis 1 botol.. Perghh... lain betul taste diaorg ni...

                                             Tgklah muka aku yg tgh memikirkan rasa susu tu... 


                               Ada plak ala sambal belacan. Nampak tak jeruk cili tu?


    Yang ni mmg aku suka sangat. Daging tu berjuice bila kunyah dalm mulut dan ada aroma wangi...


               Kami 2 pasangan yg mmg selalu mkn semeja. Acik Yati dan Tuan Haji. Baik mereka ni.


                                                              Depan restoran

Perut pun adah isi, kami sambung jalan lagi. Kali ni kami dibawa terus melawat Ayasofea.  Ayasofea ni merupakan antara tempat terkenal dikalangan pelancong. Dalam Al-Quran pun ada sebut. Asalnya Ayasofea ni ialah gereja semasa pemerintahan Otoman.  Tapi disebabkan umat Islam bersatu, maka Islam menang dan akhirnya Ayasofea ni dijadikan pula sebagai masjid.  Ciri2 gereja masih lagi dikekalkan.  Nak masuk dlm ni kena bayar ye. Tak ingat brp lira. Dlm tu, disediakan headphone utk penerangan. Pelancong di luar kawasan ni punyalah ramai. Berkerumun mcm semut... Mmg terkenal Ayasofea ni. Rugi tak masuk.

                                                               Depan Ayasofea

Dekat2 dgn Ayasofea ni terletaknya Blue Mosque (Masjid Biru). Subhanallah, mmg cantik rekaannya masjid ni. Aku berpeluang jugalah menunaikan solat di situ.  Sekeliling Ayasofea dan Blue Mosque ni adalah taman istirehat.  Ramai je penduduk tmptn atau pelancong berkelah kat sini.  Caranya, diaorg main bentang je tikar (tak kiralah asalkan berkenan) dan picnic atas tu.  Ada yg baca buku, baring, mkn dll. Walaupun tempat tu tepinya jadi lalu lalang org ramai... Tak kisah pun. Suasana mmg sangat meriah di sini.

Berlatar belakangkan Blue Mosque.. Cantik...

Satu masalah yg aku hadapi kat sini ialah nak cari toilet. Orang tempatan kat sini mmg tak tahu cakap english. Puaslah aku guna banyak aksi utk tanya mereka mana letaknya tandas. Adoyaiiii... Dia org tak paham le... Last2 aku duk satu tempat sambil mkn ais krim, pastu perhati je org2 kat situ. Hah, pastu ternampak plak ramai org turun ke bawah(ada tangga) kemudian naik semula.  Mana diaorg pergi ni? Aku ikut.. Ohhh.... Tahu dah... Toilet!!!! Patutlah perhati kat bawah ni tak nampak pun.. Kena bayar jugak ye..

 Nampak tak line2 kat belakang atas jln tu? tu laluan tramp.. kena hati sbb tetiba muncul je..

  Muka bengang sbb  tahan utk terkucil.. Aiskrim fruitee sama mcm Malaysia tp perisa kelapa.

Ni antara polis yg meronda antara Ayasofea dan Blue Mosque. Laju tu.. 

Kebetulan, time kitaorg gi Istanbul ni time diaorg cuti sekolah.  Tu yg ramai org tu.  Tambah lg pelancong luar.  Aku banyak terserempak dgn budak lelaki mcm gambar kat bawah ni.  Kowang bayangkan, tgh jenjalan, tetiba bertembung plak ngan budak lelaki yg pakai pakaian ala2 anak raja ni... Pelik gak.. Ada pertandingan baju tercantik ke? Tapi sweet. Nak puaskan hati, aku ajak budak tu bergambar dgn aku.  Nak plak dia. Hihihihi... parents dia pun sporting dan kebetulan boleh speaking english.. Aku pun apa lagi, tanyalah knp anak dia pakai mcm tu. Rupa2nya, budak lelaki yg nak berkhatan akan pakai pakaian tu.  Macam adatlah.  Oooo.... Mcm tu ke???? Kiranya budak ni jap lagi nak pegi sunatlah ni ye??? Siap ko...

 Comelkan?


Nak menyusuri tu....

Penat jugak berjalan 2 tempat ni... Tp teruja punya pasal, tak kisah! Lpeas solat kat Blue Mosque, kami sume dibawa pusing2 naik cruise menyusuri Teluk Bosphorous tu... Sepanjang dlm bas, aku mmg snap sana, snap sini... Bukan apa, permandangan sume cantik2. Kat kaki lima jalan pun landskap cantik. Walaupun tanahnya cuma kecik je, ttp gak dihias cantik... 

Ngeh..ngeh..ngeh... muka kepenatan..

Ok, kat sini aku mmg tak dpt amek gambar bnyk sebab bateri kamera kong plak.. huhuhuhu... sempat amek gambar hubby je. So, atas cruise tu, aku hanya guna video cam je.. Rugikan? Takpelah,nanti kowang gi, kowang rasalah mcm mana. Kami menaiki satu cruise khas.  Mmg tak campur org lain. Kumpulan kami je.  Perjalanan tuagak lama jugak. 1 jam 45 minit.  Sepanjang perjalanan tu, kita akan dpt lihat bangunan2 yg ada di bandaraya sana. Ada istanalah, rumah rasmilah, banyak lagilah... Rasanya rumah2 sepanjang Teluk Bosphorous tu jutawan je yg  duduk.  Mewah sumenya.

Dah penat atas kapal, time utk check-in hotel... Memang waktu tu dah tak sabar dah nak baring2.. Maklum le dah sehari sakan berjalan je. Kali ni hotel kami mmg berada di Topkapi... Kami sume menginap di Golden Hill Topkapi Hotel. Mmg selesa. Speselnya bilik air dia. Besar dan siap ada jakuzzi. Dlm bilik air juga blh dgr muzik... Pilih je lagu apa nak. Tp lagu org sanalah. Belasah je. Lepas dah bersihkan diri, turun cafe utk dinner. Lambat.. Mata aku dah ngantuk sesangat time tu. Mkn sikit je utk teman hubby je. Lepas mkn, hubby ajak plak kluar hotel jap amek angin kat sekitar bandar Topkapi tu. Layan jelah, malamkan.. Lampu2 jelah sana sini.. Lepas tu, terus balik hotel n zzZZzzz....

 Kemas, selesa..


 Rasa nak mandi lelama je...


Dinner aku.  Org sana mmg suka masin agaknya!!!!


Sambung nanti di Istanbul... Aku datang (3)... Babai..


Jumaat, 13 Jun 2014

Istanbul... Aku datang... (1)

Hari ni, nak share ngan kowang sume pengalaman aku ke Istanbul plak.. Samalah, pakej ni sekali masa menunaikan umrah tu... Dari Airport Queen Alia tu, kami terbang plak ke sini.  Sampai Atartuk Airport pagi jugaklah..  Cantik jugak airportnya.. Kebetulan masa kami sampai tu, kat Istanbul ni dlm mood pilihanraya. Kalau tak silap lagi seminggu diaorg nak mengundi. Mmm mcm Malaysialah, sana sini poster. Takpe, tu sume pengalaman. Ha, kan dpt tgk tempat org mcm mana ragamnya. Syukur.

                                         Dalam airport pun dah ada signboard mengundi...

Dari Atartuk Airport, kami menaiki bas untuk pergi ke jeti untuk naik kapal ke Bursa. Dalam perjalanan, aku mmg tak tido langsung menghayati ciptaan Tuhan. Memang cantik lah negara ni, bersih je.  Tak nampak sampah sarap pun disepanjang jalan. Apa yang aku perasan, kat sana bangunannya nmpk canggih manggih rekabentuknya. Sana banyak bukit je. Rumah2 pun dibina atas2 bukit ni. Kalau tgk mmg nampak crowded! Mungkin kepadatan penduduknya yg ramai. Bas pula style panjang2 ni. Kira kat Malaysia ni, cantuman 2 bas pjg utk 1 bas kat sana. Errr... paham tak? Tgk gambar ni..

                                      Panjangkan? Mcm ulat bulu on the road... Hahahaha..

                                                        Padat sangat ngan bangunan... 

Sebelum nak sampai ke Bursa tu, kena naik feri dulu.  Kira sama macam kat Penang lah. Kami pun kena turut beratur sama. Dengan bas2 sekali kena beratur. Cuaca still sejuk jugak. Sebelum bas menaiki feri tu, kami dibenarkan turun dan bersiar2 di sekitar jeti tu. Mcm biasa, aktiviti berpossing lah kami sume..

                                    Belakang tu barisan kenderaan yg nak naik feri ke Bursa.

Dalam feri tu, ada jugak restoran utk mkn2, minum2. Tp aku tak peduli itu sume kerana mcm biasa, aku banyak habiskan masa aku menikmati permandangan yg indah lautan yg kami susuri tu.  Kata En.Kamal (ketua rombongan Andalusia), kalau musim sejuk, lautan yg kami lalui tu jadi keras, boleh main kasut luncur kat situ. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

                    Kanan sekali tu anak jati Istanbul ni, t/guide kami. Ywuchal namanya. Peramah.

                                                   Permandangan dari tingkat atas feri

Sampai Bursa malam. Di Bursa, kami menginap di hotel International Holiday Courts, Kervansaray. Tuhari ada amek gambar depan hotel ni, tp bila nak cari ntah mana ntah.. Hotelnya takdelah besar sangat. Tp selesa kerana kemudahan di situ semua ada. Bilik kami berdua cantik. Badan pun dah penat, so dah masa utk kami tido.  Tp aku percaya, ada jugak antara kami yg kluar bersiar2 menikmati keindahan malam di bandar Bursa tu.  Termasuklah kami suami isteri. Aku berjalan mencari kad kredit telefon (tipon ank sbb dah rindu sgt dah) dan cari kebab. Berdepan ngan kami ada restoran yg spesel jual kebab je. Mcm2 jenis ada. Kebab sini mmg sedap sangat!!!! Kowang patut cuba.  Harga 1 kebab ni 10 lira atau lebih kurang RM20. Rupa kebab Turkey tak sama mcm kebab yg kita tgk kat Mlysia ni. Siap ada nasi, cili sekali.


                             Walaupun kenyang, habis jugak aku mkn kebab ni. Mmg sedap!!!

Bila dah kenyang, apa lagi.. Mata pun ngantuk sangat dah.  Kami terus tidur.  Tulah antara coretan utk kali ini.  Esoknya nak berjalan lagi....

Khamis, 12 Jun 2014

Jordan

Alhamdulillah... sekarang ni asyik dgr je kengkawan dlm fb asyik post pasal pengalaman mereka baru menunaikan umrah... Hati ni berbunga2 jugaklah sebab aku dan hubby tercinta diberi peluang menjadi tetamu Allah pada tahun 2010 yang lalu.... Seronok bila baca entry org... jadi, terdetiklah pulak aku nak kongsikan kenangan manis itu bersama kawan2... Kami ke sana atas rombongan umrah ziarah yang dikendalikan oleh Andalusia (mmg nak rekemen kowang guna agensi ni... bagus!).  Selain umrah, kami melawat Istanbul juga.
Ok, kali ni aku kongsi dulu pengalaman ke Jordan.

Dari KLIA, kami flight ke Jordan menaiki pesawat Royal Jordanian... layanan mmg baguslah.. Dlm flight juga, ketua rombongan (nama aku tak igt dah) beritahu kami jika masuk waktu solat. 14 jam kot rasanya penerbangan.. mkn, main game, tido, mkn, main game, tido.. tak jugak sampai2...

                                Dalam flight, mmg selesa, luas.... Muka kepuasan tu.. hahaha


                                          Antara menu aku dlm flight.. boleh tahan sedap!


                                           Menu suamiku.. Dia punya lagi sedaplah! huh..

Di sana mendaratlah kat Queen Alia Airport.  Kalau nak bandingkan dgn KLIA, mmg KLIA lah cantik.. hehehe... oklah tu... dpt jugak jejakkan kaki kat sana. Agak pening jugaklah sistem diaorg ni... Aku main ikut je lah... Dlm airport tak rasa sejuk sgt... tp bila kami kluar ke airport sementara nk tunggu bas ke hotel, perghhh punyalah sejuk.. seb baik memasing pakai sweater/cot.. Apa yg menariknya, keliling airport ini padang pasir sahaja... Seluas mata memandang....

                              Ni kat luar airport.. Waktu ni jam 6 pg, mcm dah pukul 10 pg je..

                                                          Sayup je nampak hujung tu....

Dari airport tu kami dibawa ke hotel (transit).. Lama gak, 9 jam!!! Dapat gaklah melelapkan mata, merehatkan badan di Golden Tulip Hotel.  Dlm hotel ni mmg nmpk mewah.. semua kelengkapan moden. Masa agak panjang... So, apa nak buat? Kami dibawa oleh Andalusia berjalan2 area sana...

 
                                                   Tu encik hubby menarik bagasinya...

                                                    Breakfast kat Hotel Tulip...

Lepas baring2 jap kat tilam n bantal yg empuk, apa lagi, masa utk berjlnlah pulak... Yeaaa... Nak pergi kat Laut Mati (Dead Sea)... Alhamdulillah sampai jugak aku menjejakkan kaki ke sana... Selalunya dgr cite n baca dlm buku je... Sepanjg perjlnan ke sana mmg takde permandangan lain, kecuali gunung, bukit dgn jalan yg berpusing2 menuruni bukit.... Apabila sampai je area Laut Mati tu, masyaAllah.... kagum aku... cantiknya permandangan kat situ...

                                 Permandangan mmg cantik.... lautnya membiru gelap gitu...

Tapikan, baru je sampai situ, dah dgr dah bunyik ledakan bom... sayup2 gitu... Dalam hati memasing tertanya2 gak, dari mana bunyik tu... macam bunyik org berperang... Tourist guide kami bgtahu bahawa diaorg kat area situ mmg dah lali dah dgr.. Rupanya bunyik tu dtg dari seberang laut tu... beratus km jugaklah, kawasan  tembak2 ni (berperang)... Ternganga mulut aku mendengarnya... Pilu jugak rasa hati.. Ya Allah, ko selamatkan mereka di sana...

                                               Sebelum nk mandi, baca arahan ni bebetul...

                                                              Cuaca agak panas di sini...

Kat sini, tak ramai sangat org... Lautnya bersih dan jernih... Tahukan Laut Mati ni zaman nabi Luth? Airnya tersgt sgt masin!!!  Yg lucunya dlm group kami tu mmg ada yg dah standby nak mandi2 kat situ.. nak jadi cerita, dia tak baca arahan kat papan tanda tu dan terus je terjun dlm laut tu... Apalagi, mengadoi2 lah dia mintak air bersih sebab dah kepedihan tahap maksimum... Kesian dia, susah nak bukak mata, merah biji mata dia... Nasib dia dtg ngan ahli keluarga. Mereka bari bantuan.. Yg lain pula aku tgk mmg boleh terapung je dlm laut tu... Yelah kuasa Allah, kandungan garam tu tersangat tinggi yg membuatkan segala benda blh terapung dgn mudahnya..

                                                   Haa... cantikkan? Jernih je air laut tu...

                                    Garam tau yg aku pegang tu... Boleh tahan gak beratnya

Nak tahu, dlm masa aku sibuk berpossing tu, tetiba air laut tu tepercik masuk kat dlm mulut aku... Huhuhuhuh... dia punya masin mak aiii 1000x ganda rasanya. Teramatlah masinnya sampai aku rasa lain dah.. Aku ludah balik, tp melekat plak dia dlm mulut ni... Puas plaklah aku mencari tandas. Tandas plak kedudukannya kat atas.. Sampai tandas, terus aku kumuh2, tp rasanya still ada lagi...

Kesimpulannya, mmg tak rugi ke sini... Permandangan cantik di samping dapat menghayati peristiwa yg berlaku pada zaman Nabi Luth dahulu... Angin memang kuat di sini walaupun cuaca agak panas.. Angin bahanglah terasa... Tp terasa fresh!!!

                                                           Jakun tgk pokok kurma..


Sbhgian ahli rombgn. Dpt bygkan tak cuaca kat sana mcm mana bila tgk diaorg pakai spek itam tu?

Selepas kami dah mandi2, main2 air kat Laut Mati  tu, bas pun bergerak lagi ke destinasi seterusnya. Mcm biasa, jalannya mmg berbukit bukau tanpa rimbunan pokok2 mcm kat Malaysia ni. Permandangan memukau jugak. Sebab itulah aku mmg selalu duduk sblh tingkap je sbb nk menikmati permandgn puas2.  Lg pun dlm bas ni bukannya ramai. Kumpulan umrah kami cuma 25 org je. Kami di bawa untuk menziarahi makam Nabi Syuib a.s.


                                       View mmg cantik.. Angin pun kencang atas bukit ni.

Akhirnya tiba juga di Makam Nabi Syuib a.s ni. Makam terletak dlm kawasan masjid. Kami semua masuk menziarahi makam dan membacakan doa utknya. Disitu ada penjaga makam ni. Org tempatan situ jugak. Nasib baik ada tourist guide kami tu, dia yg mentraslate apa penjaga tu ckp.. Hihihi... Kami angguk2 je..

                                                              Makam Nabi Syuib a.s

                                                                  Bukti dah sampai sini...

Kawasan luar disekeliling masjid ni terdapat banyak pokok tin dan pokok zaitun. Masing2 sibuklah jugak bergambar sakan ngan pokok tin sebab sblum ni kami bnyk nmpk pokok zaitun je. Pokoknya agak besar jugak dan daunnya lebar2.. Oleh kerana angin kencang, mmg terdengar bunyik bising jugaklah di bahagian luar makam ni bila daun2 tu berlaga sesama sendiri. Bunyiknya agak unik!

                                 Ha, inilah rupanya pokok tin tu.. Tp yg ni belum masak ye..

                            Yang ni pulak pokok zaitun. Nampak tak buahnya kecik2 warna hijau tu?

Oklah, mata aku pun dah mengantuk... Nanti aku sambung lagi untuk pengalaman yg seterusnya...