Ahad, 7 Jun 2015

Pulau Tioman



Yeahhh... 
Cuti sekolah kembali lagi... Yuhuuuu... aku plak yang lelebih mengalahkan anak2 aku atau anak2 murid aku. Mana taknya, kepala serabutlah.. Baru lepas final exam aku lagi.. Baru habis tanda kertas jawapan budak lagi.. Mak aiii memang aku perlu bercuti bila time2 kronik macam ni. Kebetulan, suami plak ada menganjurkan kursus asas selam scuba kat Pulau Tioman, wehhhh haruslah ikut!! Rugi woo kalau tak pergi.  Aku memang dari kecik tak di bawa bercuti ke tempat2 pulau ni sebab ayah aku memang arlegic sikit bab2 pulau ngan naik2 feri ni. Hihihih.. sayang anaklah katakan...

So pada 2 Mei 2015 (Selasa), kami sekeluarga pun berangkatlah ke Rompin dahulu dengan menaiki Cik Sarena kesayangan dengan gembiranya. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Rompin dahulu sementara nak menunggu keesokan harinya. Feri bergerak awal pagi.. Alang2 dah sampai sana, apa lagi? Pekena udang galah le kita. 

Set lunch aku.. Besau wei udang tu..

Harga udang galah yang dah siap dimasak ni kemain mahal lagi.. Sekor aje macam dalam gambau di atas ni, dah RM27 (Gred A). Lom campur harga lauk ngan air lagi. Tapi, amek sekor pun pada aku dah memadai.. Nak rasa2 aje kesedapan yang heboh diperkatakan tu. Kalau jenis yang kuat melantak udang, rasanya mahu amek sekilo kot (dalam 4-5 ekor). Dah..dah... barang makan.. bayar aje le.. Tapi rasanya sedap lagi kalau aku yang masak kot... Ngeee...

Keesokannya pepagi buta aku anak beranak dah tercegat kat luar pintu masuk Jeti Tanjung Gemok. Ha ko... hamek! Parking memang senang ar sebab sampai awal. Murah aje.. Sekali parking tu cuma RM10 je sehari. Peserta2 yang terlibat ngan program en. hubby lom sampai lagi. Akhirnya aku menunggu ajelah kat ruang legar dalam bangunan tu sesambil melayan selfie ngan anak2.

Jeti Tanjung Gemok

Peserta2 kursus tu aku tgk kemain ringkas aje beg yang mereka bawak. Tak macam aku sekeluarga, sampai 4, 5 beg aku hangkut.. Mana taknya, diaorang tu datang nak amek lesen scuba, kitaorg ni nak bercuti.  Lain tu.. hahaha.. Ok..ok.. sambung balik... Perjalanan kami mengambil masa selama hampir 2 jam. 6.15 pagi kami bergerak dan jam 8.30 pagi kami sampai dah kat Jeti Kampung Genting. Sesampai aje, semua breakfast dulu. Lapau weii.. Aku mintak nasi lemak. MasyaAllah, punyalah sedap nasi lemak makcik ni buat. Wangi aje baunya. Siap dibubuh ikan goreng seekor. Manis plak tu. Haiii memang teringat2lah nanti nasi lemak umpph ni..

Ceria memasing nak bercuti

Sampai dah sini..

Laluan pintu masuk utama yang sempit dek deretan kedai

Lepas breakfast, kami berjalan kaki beramai-ramai ke Chalet Bayu Genting. Adalah dalam 1 km juga kami terpaksa menapak. Fuh.. memang menguji fizikal betul ni.  Nasib baiklah sepanjang jalan tu, kami di hidangkan dengan permandangan yang mengasyikkan. Bunyi ombak dan sapaan lembut angin bayu dipipi membuatkan memasing terkunci mulut. Beg? Angkut dengan beg2 sekali ke? Ehhh tak..tak... ada motor yang bawakkan semua beg2 kami hingga sampai ke chalet. Beg sampai dahulu sebelum tuannya.  Oh ye, kat sini memang tak nampak kenderaan seperti kereta, van dan bas ye! Yang ada hanya motor kapcai dan basikal aje. Jalan raya pun tak dak.. Ha, itulah keistimewaannya tempat percutian aku kali ni.  Segar aje udara tanpa asap2 kenderaan tu. 



Sepanjang perjalanan, pelbagai bentuk chalet dapat dilihat. Ikut mana suka dan kemampuan aje. Aku adalah survey-survey harga.. Oklah dalam RM140 dah dapat dah chalet yang selesa dan cantik.

Ni chalet atas bukit

Tersusun aje chalet2 di sini

Chalet di sepanjang tepian laut

Ha.. Ni lah chalet tempat kami menginap untuk 3 hari 2 malam ni

Kalau nak makan2 pun senang sebab banyak aje kedai2 makan di tepi2 laut ni. So, takde hal lah.. Kalau agak2 lapau, tapau aje. 

Sebelah petangnya, aktiviti aku melayan anak2 mandi laut. Tak gi jauh. Depan chalet Bayu Genting tu aje. Encik hubby dah pergi memantau aktiviti anak2 buahnya tu. Air laut memang bersih. Sangat jernih. Warna pulak kebiruan. Ikan2 berenang2 aje di keliling kita. Jelas tau! Cuma, batu karangnya banyak dah mati di situ.  Yelah, dah jadi tempat orang buat latihan snockling dan scuba aje kat area tu. 

Lepaskan lelah sebelum mandi

Anak2 kemain gumbira lagi menyelam sana sini. Aku just perati ajelah dari tepi. Memang tak suka air laut dari kecik. Masin! Kang kalau air masuk mata, perghhh pedih siut!!! Air pun melekit. Tu aku tak gemar tu. Bila anak2 dah mandi puas, kami gi cari makan malam. Apa ek nak makan kat sini? Bila tgk menu, oklah harganya. Makanan goreng2 sume ada. Contohnya kuetiau seafood yang aku oder cuma RM8 aje sepinggan. Nasi2 yang bergoreng2 tu plak cuma dalam RM4-5 aje. Oklah, makan pun best. 

Depan chalet

Makan punya makan, sampai lupa hari dah makin gelap. Bukan semua jalan tu ada lampu. Aduhaiii.. Tak pasal2 kami anak beranak kena menapak balik dalam gelap di sesetengah tempat. Seram weiii sebab belakang2 chalet kami ni hutan tebal. Jalan pantas aje memasing. Sampai bilik, aku membebel gaklah.  Dah.. dah.. esok jangan harap aku nak keluar kalau dah petang2 macam tu. Taubat!!!

Selesalah.. 

Dalam bilik kami ni memang selesalah kalau keluarga besar cam kami. Dalam ni ada 1 katil king, 1 katil queen dan 1 katil single. So, takdelah nak berebut katilkan. Cuma takde tv dan peti ais. Alah standardlah ni kalau chalet. Harga pun padanlahkan. Lagi pun anak2 sume bawak tablet memasing. So, bila malam, memasing menghadap tu ajelah. Wifi juga disediakan. Tu yang best! Taklah laju, tapi bolehlah kalau nak berhubung ngan orang luar.

Selfie dulu

Pada hari kedua, jadual kami agak padat sikit. Encik hubby telah arrange kan kami sekeluarga di bawa jalan2 naik  boat sambil menikmati keindahan alam. Semua kena pakai life jacket untuk keselamatan.



Pemandu bot ni pun peramah. Ada aje yang nak dikongsikan. Dia bawak kami ke tempat orang buat snockling dan scuba. 

 Time boat tengah laju ni...

Steady arr..

Semua tengah buat snockling le tu..

Seronok aje tengok orang bersnockling. Kami ni tak bawak plak gogel tu. Ingatkan nak jalan2 saje aje dari atas boat, cehhh.. rugilah.. Terkilan gak aku tak pat nak joint. Nasi baik aku ada beli roti ikan. So layan bagi ikan makan ajelah. Ikan kat sini besau2 saiznya. Terasa macam dalam akuarium besau aje. Bila campak aje roti, berduyun2 ikan datang nak makan.

Ni kat Taman Laut

Bagi ikan makan

Akhirnya mandi jugaklah.. Best!

Dalam 2 jam jugaklah pemandu boat kami tinggalkan kami buat aktiviti sendiri di Taman Laut tu. Puas jugaklah aku mandi. Takde plak lekit airnya. Yelah.. pantai bersihkan... Kemudiannya, kami di bawa ronda2 kat Kampung Tekek. Ni kira pekan keciklah katanya. Ada sekolah asrama di sini. Balai polis, supermarket dan adalah kedai kecik2.Tak ramai orang pun. Bukannya ada tempat nak shopping2 ni.  Tapi kami tak singgah naik pun. Cuma tengok dari atas boat aje. 

Hamboi memasing!

Sebelah petangnya sambung lagi mandi kat laut tu. Seronok betul anak2 aku nampaknya. Kali ni memang puas mereka main air, main pasir. Tapi kali ni encik hubby tak dapat ikut sama sebab dia jengok program dia tu. Encik hubby kata, petang ni peserta2 kursus tu akan pergi menyelam dalam 15 meter. Aku cuma tengok ajelah diaorang buat persiapan.

Dah siap nak menyelam

Tu group Encik Hubby le tu..

Perbincangan apa le tu diaorg ni...

Berlatar belakangkan hutan

Aku buat apa? Aku tak mandi pun.. Cuma rileks2 aje atas buaian sambil membaca novel. Sempat jugak aku habiskan novel "Pelangi Cinta Buat Suami" ni. Seminggu jugak nak habiskan novel ni. Tebal tu.. Aku ni kalau membaca novel memang kena amek feel baru masuk jiwa tu menghayati watak. Best cite ni. Aku terasa macam aku plak yang jadi heroin cite ni si Imanina disamping suami kacak Tengku Qalif. Wekkk.. Jangan marah ekkk.


Khatamnya di Pulau Tioman ini...

Rileks aje

Malamnya ada BBQ. Menunya nasi goreng, ayam panggang, ikan bakar, sotong bakar, hotdog, daging burger, buah tembikai dan air jus limau. Suasana meriah sebab dapat lihat cahaya2 lampu di sekeliling chalet kami tu. Sesambil makan, jurulatih selam tu edarkan 'Dive Logbook' kat peserta kursus tu. Aku anak beranak dah kenyang aje balik bilik kecuali hubby. Dia memang kena la ada kat situ lama sikit. Program bawah dia.  Takkan bos nak cabut awal plak kan. Aku selesa layan 'Running Man' aje dalam bilik. Sesambil kemas barang sebab esok petang nak balik dah.

Tergelak2 aku tgk gambar ni... muakakaka

Hari ketiga bersamaan hari Jumaat seawal pagi kami bersarapan dulu. Kemudian macam biasa bagi anak2 aku mandi laut lagi. Pastu lunch. Masa lunch ni lah baru aku tahu yang pemandu boat yang bawa kami jalan2 tu rupanya manager kat Bayu Genting Chalet tu. Lorrr mudanya mamat tu dah jadik manager. Encik hubby pun bertukar le business card ngan manager tu, senang nak adjust2 kalau nak datang lagi nanti.

Petang hujan renyai2 le plak. Sejuk nyaman aje rasanya. Tepat jam 3, kami pun bertolaklah dari jeti Kg. Genting tu ke Jeti Tanjung Gemok. Sampai di rumah kami di Pajam tu dalam 11.30 malam. Percutian ini memang sweet untuk dikenang. Kowang kalau nak rasa pengalaman yang indah, datanglah Tioman ni.