Isnin, 27 Jun 2016

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah, pada tahun ini bersamaan 1436H, atau 2015 aku dan suami berpeluang mengerjakan haji.  Sangat-sangat bersyukur kerana dalam usiaku 35 tahun, aku dapat mengerjakan fardu haji ini.  Bertuah sesangat kerana kesihatan masih mengizinkan dan diri masih bertenaga. 

Pada bulan Januari hingga bulan April, kami telah menghadiri kursus intensif untuk bakal jemaah haji yang . Sangat bermakna kursus ini pada aku.  Yelah, banyak ilmu atau output yang aku dapat.  Rasanya, kalau hanya berpandukan buku dan video sahaja memang tidak mencukupi.  Ada juga peserta lain yang dah mengikuti kursus ini untuk 1,2 tahun sebelum ini. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman mereka berkaitan ibadah haji. Oleh kerana ini kali pertama aku mengikuti kursus seumpama ini, maka aku memang betul-betul fokus.  Rugi weiii kalau tak dengar betul-betul apa yang disampaikan oleh ustaz atau ustazah.

Seterusnya aku dan suami mengikuti pula kursus haji perdana di Masjid Paroi Jaya pada 1 Ogos 2015 (Sabtu).  Semua bakal jemaah haji seluruh Negeri Sembilan yang akan menunaikan haji pada tahun ini berkumpul dan melakukan kursus bersama termasuklah solat-solat sunat, Qiamulail, amali Tawaf, bermabit,Sai' dan melontar.  

Selesai habis kursus perdana, aku dan hubby mula mengumpul sedikit-sedikit barang keperluan yang akan kami bawa ke sana.  Aku adalah dapatkan tip-tip dari blog rakan-rakan yang telah ke sana. Sungguh banyak membantu.

Persediaan mental dan fizikal juga penting.  Kesihatan dah mula kena jaga.  Aku pun mula makan makanan kesihatan yang dibekalkan oleh sumbangan korporat melalui tabung haji. Appetton.  Kalau nak beli sendiri ni, mahal jugak.. Banyak lagi sumbangan dari pelbagai korporat.  Semuanya berguna semasa di sana seperti ubat-ubatan, tikar,  spray wuduk, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain lagi.

Pakaian... memang aku sediakan banyak..Sebab aku memang jenis yang suka bersiap sedia... kalau balik kampung pun macam tu juga.. Baju kurung adalah dalam 5 pasang manakala jubah pula aku bawa dalam 5 pasang juga.  Tudung tu aku bawa jenis yang sarung terus aje.. Tak payah nak belit2.. Kat sana kan kita mengejar masa... Tudung tu dalam 4 helai sahaja.. Telekung pula 3 pasang. Stoking lengan dan stoking kaki (wajib yg tebal ye) masing2 dalam 3 set. Ubat-ubatan juga tidak dilupa seperti ubat batuk, panadol, minyak angin dan pil chek it teck on. 

Buku2 doa memang sangat perlu.  Pihak Tabung Haji ada menyumbang buku-buku berkaitan.  Aku memang pilih buku2 doa.. Ada jugaklah aku print doa2 panjang (pandai2lah pilih) dari internet.  Senang, di sana nanti masa terluang boleh dibaca doa2 tu..

Semua barang-barang keperluan ni aku isi dalam bagasi saiz paling besar tu.. Pakaian semua ku gulung2 (tips kurangkan space). Begitu juga suami. Puas hati, muat semuanya dalam 1 beg sahaja. Hihihihi....