Sabtu, 14 Jun 2014

Istanbul... Aku datang... (2)

Keesokan harinya, kami berdua bangun agak awal.  Mana taknya, jam dah pukul 4 waktu sana, kami dah bangun. Sana Subuhnya awal.. Lepas menunaikan solat, kami saje je kluar menikmati udara di sekeliling hotel. Mmg time tu takde kereta pun. Sunyi dan lengang. Aku sampai bolehlah ambil gambar di tengah2 jalanraya yg siangnya bertali arus dgn kenderaan. Bukan selalu dpt berjalan di negara org.  Inilah masa aku dan suami search habis2 kawasan kat situ. Rupa2nya ada jugak pasangan suami isteri lain yg sama2 berjalan2 kat luar hotel tu.  Ni kes bgn awallah ni.

                                     Jam 4 lebih pg aku dah merayau kat sekitar hotel...


                                                      First time possing tgh jalan...

Dah puas berjalan2, kami balik ke hotel sebab dah sampai masanya utk amek breakfast. Makanan org Bursa ni sume masin2. Memang tak kena dgn tekak aku yg keMelaysiaan ni.  Pastu, banyak sgt menu yg ada bubuh buah zaiton. Adeh, dah lapar mkn je lah. Nasib baik ada roti. Telur pun ada jugak. Ha, nak konsi kat sini yg telur di Istanbul ni kalernya putih tau. Memula igtkan telur itik tp telur ayam! Saiznya pun besar sedikit dari telur biasa tu.

                                            Breakfast di Hotel Holiday Courts, Kervansaray

Selepas menikmati breakfast, kami sume kena bersiap2 angkat beg masukkan dlm bas sbb lepas ni kami nak menetap di hotel tengah2 bandar Istanbul. Kali ni kami tak naik feri lagi dah. Ikut jalan darat pulak. Tempat pertama yg kami kunjungi pagi tu ialah di Grand Mosque.  Antara tempat bersejarah jugak. Ywuchal bgtahu kami bahawa, Grand Mosque ni telah dibina beratus tahun dahulu.  Di dalamnya terdpt mimbar yg berusia beratus tahun jugak.  Masih dlm keadaan elok strukturnya. Semua perabot dlm masjid ini dibina menggunakan kayu. 

                                                                 Grand Mosque

                                                  Pemandangan dlm Grand Mosque


Selepas satu jam berada di Grand Mosque, waktu lunch pun tiba.  Kami dibawa mkn disebuah restoran tempatan yg terkenal iaitu Kofteci Yusuf. Masa tu mmg perut aku lapar sangat.  Berselera je aku mkn. Menu paling best ialah dagingnya tu.. Dia bakar kot sebab ada rasa asap2 skit. Atas sume meja aku tgk ada diletakkan jeruk cili. Tapi antara kami takde sorang pun yg cuba. Kemudian, kami ada dihidangkan dengan susu.  Harga aku tak pasti. Rasa susu ni errrkkkk... Macam dibubuh garam yg banyak. Masin!!!! Tp menurut Ywuchal, susu tu femes dikalangan penduduk tempatan.  Dia sendiri pun aku tgk minum nak habis 1 botol.. Perghh... lain betul taste diaorg ni...

                                             Tgklah muka aku yg tgh memikirkan rasa susu tu... 


                               Ada plak ala sambal belacan. Nampak tak jeruk cili tu?


    Yang ni mmg aku suka sangat. Daging tu berjuice bila kunyah dalm mulut dan ada aroma wangi...


               Kami 2 pasangan yg mmg selalu mkn semeja. Acik Yati dan Tuan Haji. Baik mereka ni.


                                                              Depan restoran

Perut pun adah isi, kami sambung jalan lagi. Kali ni kami dibawa terus melawat Ayasofea.  Ayasofea ni merupakan antara tempat terkenal dikalangan pelancong. Dalam Al-Quran pun ada sebut. Asalnya Ayasofea ni ialah gereja semasa pemerintahan Otoman.  Tapi disebabkan umat Islam bersatu, maka Islam menang dan akhirnya Ayasofea ni dijadikan pula sebagai masjid.  Ciri2 gereja masih lagi dikekalkan.  Nak masuk dlm ni kena bayar ye. Tak ingat brp lira. Dlm tu, disediakan headphone utk penerangan. Pelancong di luar kawasan ni punyalah ramai. Berkerumun mcm semut... Mmg terkenal Ayasofea ni. Rugi tak masuk.

                                                               Depan Ayasofea

Dekat2 dgn Ayasofea ni terletaknya Blue Mosque (Masjid Biru). Subhanallah, mmg cantik rekaannya masjid ni. Aku berpeluang jugalah menunaikan solat di situ.  Sekeliling Ayasofea dan Blue Mosque ni adalah taman istirehat.  Ramai je penduduk tmptn atau pelancong berkelah kat sini.  Caranya, diaorg main bentang je tikar (tak kiralah asalkan berkenan) dan picnic atas tu.  Ada yg baca buku, baring, mkn dll. Walaupun tempat tu tepinya jadi lalu lalang org ramai... Tak kisah pun. Suasana mmg sangat meriah di sini.

Berlatar belakangkan Blue Mosque.. Cantik...

Satu masalah yg aku hadapi kat sini ialah nak cari toilet. Orang tempatan kat sini mmg tak tahu cakap english. Puaslah aku guna banyak aksi utk tanya mereka mana letaknya tandas. Adoyaiiii... Dia org tak paham le... Last2 aku duk satu tempat sambil mkn ais krim, pastu perhati je org2 kat situ. Hah, pastu ternampak plak ramai org turun ke bawah(ada tangga) kemudian naik semula.  Mana diaorg pergi ni? Aku ikut.. Ohhh.... Tahu dah... Toilet!!!! Patutlah perhati kat bawah ni tak nampak pun.. Kena bayar jugak ye..

 Nampak tak line2 kat belakang atas jln tu? tu laluan tramp.. kena hati sbb tetiba muncul je..

  Muka bengang sbb  tahan utk terkucil.. Aiskrim fruitee sama mcm Malaysia tp perisa kelapa.

Ni antara polis yg meronda antara Ayasofea dan Blue Mosque. Laju tu.. 

Kebetulan, time kitaorg gi Istanbul ni time diaorg cuti sekolah.  Tu yg ramai org tu.  Tambah lg pelancong luar.  Aku banyak terserempak dgn budak lelaki mcm gambar kat bawah ni.  Kowang bayangkan, tgh jenjalan, tetiba bertembung plak ngan budak lelaki yg pakai pakaian ala2 anak raja ni... Pelik gak.. Ada pertandingan baju tercantik ke? Tapi sweet. Nak puaskan hati, aku ajak budak tu bergambar dgn aku.  Nak plak dia. Hihihihi... parents dia pun sporting dan kebetulan boleh speaking english.. Aku pun apa lagi, tanyalah knp anak dia pakai mcm tu. Rupa2nya, budak lelaki yg nak berkhatan akan pakai pakaian tu.  Macam adatlah.  Oooo.... Mcm tu ke???? Kiranya budak ni jap lagi nak pegi sunatlah ni ye??? Siap ko...

 Comelkan?


Nak menyusuri tu....

Penat jugak berjalan 2 tempat ni... Tp teruja punya pasal, tak kisah! Lpeas solat kat Blue Mosque, kami sume dibawa pusing2 naik cruise menyusuri Teluk Bosphorous tu... Sepanjang dlm bas, aku mmg snap sana, snap sini... Bukan apa, permandangan sume cantik2. Kat kaki lima jalan pun landskap cantik. Walaupun tanahnya cuma kecik je, ttp gak dihias cantik... 

Ngeh..ngeh..ngeh... muka kepenatan..

Ok, kat sini aku mmg tak dpt amek gambar bnyk sebab bateri kamera kong plak.. huhuhuhu... sempat amek gambar hubby je. So, atas cruise tu, aku hanya guna video cam je.. Rugikan? Takpelah,nanti kowang gi, kowang rasalah mcm mana. Kami menaiki satu cruise khas.  Mmg tak campur org lain. Kumpulan kami je.  Perjalanan tuagak lama jugak. 1 jam 45 minit.  Sepanjang perjalanan tu, kita akan dpt lihat bangunan2 yg ada di bandaraya sana. Ada istanalah, rumah rasmilah, banyak lagilah... Rasanya rumah2 sepanjang Teluk Bosphorous tu jutawan je yg  duduk.  Mewah sumenya.

Dah penat atas kapal, time utk check-in hotel... Memang waktu tu dah tak sabar dah nak baring2.. Maklum le dah sehari sakan berjalan je. Kali ni hotel kami mmg berada di Topkapi... Kami sume menginap di Golden Hill Topkapi Hotel. Mmg selesa. Speselnya bilik air dia. Besar dan siap ada jakuzzi. Dlm bilik air juga blh dgr muzik... Pilih je lagu apa nak. Tp lagu org sanalah. Belasah je. Lepas dah bersihkan diri, turun cafe utk dinner. Lambat.. Mata aku dah ngantuk sesangat time tu. Mkn sikit je utk teman hubby je. Lepas mkn, hubby ajak plak kluar hotel jap amek angin kat sekitar bandar Topkapi tu. Layan jelah, malamkan.. Lampu2 jelah sana sini.. Lepas tu, terus balik hotel n zzZZzzz....

 Kemas, selesa..


 Rasa nak mandi lelama je...


Dinner aku.  Org sana mmg suka masin agaknya!!!!


Sambung nanti di Istanbul... Aku datang (3)... Babai..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan