Jumaat, 5 Disember 2014

Madinah Yang Indah

Ketika di Madinah, alhamdulillah kami dapat melakukan ibadah dengan sempurna.  Seronok betul di sana.  Banyak tempat menarik kami lawati selain Masjid Nabawi.  Nak masuk Masjid Nabawi ni, kat pintu masuk tu, ada polis arab wanita yang jaga.  Kita akan di check dengan detail agar tak bawa masuk kamera ke dalam.  Botol air besar juga mereka tak bagi bawa masuk.  Tak mahu orang ramai amek banyak sangat air zamzam kot... aku tak berani nak curi2 bawa handphone.  Ada juga mereka yg lain berani sorokkan dalam telekunglah, stokinlah, poket bajulah... tapi aku mmg tak nak bawa.  Sebab niat aku nak mengerjakan ibadah dengan sebaiknya.  kalau tak beri bawa masuk, aku akur jelah.  

Pengalaman di raudhah pula alhamdulillah dapat juga akhirnya aku solat di bahagian yg dikatakan mustajab dengan keadaan yang selesa dan aman.  Selama aku di Madinah ini, hanya 2 kali sahaja aku berkesempatan melawat raudhah dan makam Nabi.  Pada masa pertama kali tu, aku dan ahli jemaah lain belum ada pengalaman... Waktu tu lepas maghrib kalau tak silap. Kami berasa-asak. Nak-nak terpaksa berebut dengan jemaah yg serba hitam itu.  Mereka memang takde rasa hormat kot pada jemaah lain.  Aku lihat, mereka suka merempuh ikut sesuka hati asalkan mereka dapat apa yang mereka inginkan.  Dengan saiz badan mereka yang tinggi dan besar tu, sudah tentulah kami kalah. Salah seorang rakan jemaah kami kepalanya di dalam jubah labuh mereka.  Bayangkanlah. Allahkan ada... Sabar ajelah... 

Pada keeseokkannya aku dan beberapa jemaah pergi lagi ke raudhah.  Kali ni kami pergi lewat sedikit.  Semasa diruang menunggu, polis2 wanita beri kumpulan2 lain masuk dahulu. "Ibu, ibu dudduk ibu.. Dudduk"...ayat yang selalu mereka laungkan. Aku bersabar, mungkin ada hikmahnya kami tak dibernarkan masuk lagi.  Akhirnya, sampai juga giliran kami iaitu kumpulan yang terakhir.... Syukurlah, pada masa itu memang tidak ramai... Tak bising dan kami boleh pilih tempat yang kami suka untuk menunaikan solat. Alhamdulillah hati ini memang rasa tenang sangat2.. air mata memang berlinangan kerana gembira tak terkata. Mana tidaknya, diri ini berada begitu dekat dengan Nabi dan berada di taman syurga. Allah huakhbar.



Depan Masjid Nabawi

Suami bersama mutawwif dan rakan jemaah

Kami di bawa  melawat ladang kurma.  Di sini, pelbagai jenis kurma dijual.  Sampai mata naik rambang tak tahu mana nak pilih.  Ada jugalah kami beli antaranya kurma nabi dan coklat untuk dijadikan buah tangan buat keluarga.  


                                 Bergambar dulu sebelum masuk ke dalam ladang



Tengoklah belakang tu... banyakkan? rasa nak borong sume je..

Time ni kat ladangnya tu. Menikmati teh perisa epal yang suam. Sedap!


Di area belakang kedai tu, terdapatnya ladang kurma.  Bolehlah kami merasa duduk di bawah pohon kurma tu.  Ada disediakan juga pemanis mulut iaitu air teh yang rasanya macam epal.  Suam-suam gitu.. Percuma aje.. Aku pun rasalah jugak. Arhhh lega..


Kemudiannya kami di bawa melawat ke Bukit Uhud dan Medan Magnet.  Cuaca memang panas.  Turun aje bas, mutawwif dan sediakan air mineral sejuk yang mana dalamnya separuh beku.  Wahhhhh pucuk dicita, ulam mendatang. Lega..lega.. alhamdulillah.  Tu yang buat memasing laju je panjat Bukit Uhud tu. Heeee....

Di belakang tu, Makam Saidina Hamzah (kalau tak silaplah... lupa)

Berlatar belakangkan Bukit Uhud

Sampai puncak bukit dah...

Kemudiannya kami pergi ke Medan Magnet.  Subhanallah... Memang aku terpegun bila lihat tempat ni.  Kawasannya memang luas dengan padang pasir dan yang ada pokok2 yang nampak kering sesangat (tapi hidup tau!).  Di sini, dipercayai medan magnet yang boleh membuatkan kereta bergerak sediri tanpa injin dihidupkan.  Memang ternyata benar. Aku lihat dengan mata aku sendiri driver bas tu bersila aje kat tempat duduk dia dan bas kami naiki itu bergerak dengan sendirinya.  Menurut Ibnu, kerajaan Arab Saudi tak benarkan sebarang kajian ke kawasan tempat itu (katanya Amerika pernah nak buat kajian) untuk memelihara keajaibannya.  Kapal terbang juga dilarang melalui kawasan itu untuk tujuan keselamatan.  Korang kalau berpeluang ke sana, jangan lepaskan peluang saksikan sendiri pengalaman menakjubkan ini.

Kilang Quran... Sedih sebab kumpulan kami tak berkesempatan ke sana kerana pada hari lawatan kami tu hari Jumaat.  Jumaat mereka cuti kalau tak silap sayalah.  So, tak dapatlah nak tengok bagaimana Al-Quran dicetak... Takpelah, kalau ada rezeki ke sana lagi, aku akan melawat.   


Cantikkan permandangan di sini?


Sedap jugak...


Makanan kat Madinah memanglah tak sama macam di Malaysia.  Atas ni antara makanan tempatan  yang aku makan di sana.  Jenis kering2 aje.. takde kuah2.  Nasi tu sedap. Kalau makan macam tu aje pun sedap dah.  Ada perisa.  Ada berani nak gigit cili hijau tu tak? hahahaha....

Ok.. nanti aku cerita pulak pengalaman aku ketika mengerjakan umrah di Mekah pada next entry.... bye
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan