Selasa, 9 Disember 2014

Mekah

Depan Kaabah kiblat sedunia...

Alhamdulillah syukur sangat2 padaNya kerana aku dan suami dapat menjadi tetamu Allah.  Perasaan dalam diri ni, hanya Dia aje yg tahu.  Di sana, alhamdulillah semua kemudahan selesa juga.  Jarak hotel ke masjidil haram dalam 500m sahaja.  First time masa masuk masjid tu, aku tercari2 mana Kaabah.  Rupanya kena masuk ke dalam sedikit baru kita nampak Kaabah jelas di depan mata.  Bila mataku terpandang sahaja Kaabah tu, aku terpegun.  Subhanallah... 

kenangan terindah..

Nak masuk masjid ada banyak pintu. So, kita kena ingat pintu mana yg kita masuk, situlah kita akan keluar.  Tengok nombor pun takpe.  Seperti biasa aku dan suami ambil peluang di sana dengan melakukan sebanyak ibadah di masjid.  Buat solat fardu, solat sunat dan baca Al-Quran.  Di sini, mutawwif akan memimpin kita mengerjakan umrah sebanyak 3 kali.  Kalau kita berkesempatan ingin buat lebih dari itu, kita perlu buat sendiri.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Solat berjemaah di sana memang seronok.  Satu perasaan lain aku rasa.  Lebih fokus. Tiada gangguan.  Semasa di sana, memasing dah buat hal sendiri.  Jadi, aku dengan suami memang berdua ajelah.  Bila di dalam masjid kami berpisah dan berjanji.  Tidak kiralah siapa habis dulu, tunggu je kat pintu luar tu sampai sorang lagi datang.  Berkesan kerana kami dapat pergi dan pulang bersama. 



Semasa melakukan tawaf, pun kami sebolehnya jalan beriringan.. tapi kalau dah berjauhan tu, kami akan berjumpa di bawah garisan hijau (tempat permulaan tawaf) setelah selesai melakukan tawaf.  Aku dapat juga bersembahyang menghadap pintu Kaabah dan beberapa tempat yang dikatakan mustajab.  Semasa melakukan sai', ada disediakan tong2 zamzam ditepi2 tu.  Aku jalan pun takde le laju2 sangat. Ikut kemampuan.  

Singgah minum air zamzam jap

Dalam masjidkan, ramai org melakukan sedekah.  Macam2 yg mereka beri pada jemaah termasuklah aku.  Ada hari dapat tasbih, Yassin, epal, oren, nasi dll.  Murah rezeki.  yeaaa..

Alhamdulillah..

Kenangan bersama Acik Ramlah, K. Hasnah dan Dr. Rohana

Di Mekah, kami dibawa melawat beberapa tempat juga.  Antaranya Jabal Tsur.  Tempat ni berbukit tempat di mana Nabi Muhammad s.w.t dan pemuda Quraisy bersembunyi.  Kami takde lah naik ke atas.  Cuma lihat dari bawah aje.  Di bawah tu jugak ramai peniaga2 menjual buku, tasbih dan minyak wangi.

Bukit Tsur

Kemudian kami melawat ke Bukit Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa).  Banyak unta dihias cantik kat sini.  Pintu bas belum berhenti, tapi unta2 ni dah berada depan pintu.  Jinak2 plak tu. Selain tu, peminta sedekah pun ramai di sini. Budak2 keciklah, ada jugak wanita dewasa. Mereka akan ikut aje kita. Pandai2lah nanti. 

Berlatarbelakangkan Bukit Jabal Rahmah

Di sana aku dah tak panjat dah.  Sangat keletihan. So, aku sempat bergambar dengan unta2 aje dan menikmati permandangan keliling sementara menunggu jemaah lain.  Tak berani nak naik unta tu. Bau dia pun semacam aje.. hahahaha... Jualan seperti minyak wangi memang banyak di sini.  

Oh ya, di sana ada jugaklah shopping2 ni.  Harga jubah2 tu memang murah sikitlah dari Malaysia.  Yang cantik2 tu beratus jugak harganya.  Aku adalah beli sepasang dua utk diriku sendiri dan utk mak dan adik2. Dah penat shopping singgah pekena makanan Malaysia kat Restoran De' Saji. Lepas rindu nak makan roti canai dan teh tarik. Restoran ni kat tingkat 4 dalam Bangunan Safwa.  Nak mkn mkanan lain pun ada. Hubby oder roti canai, rendang daging dan teh ais. Sedap!

En. Hubby (baju kuning) tgh mengoder..

Nyum...nyum...

Selfie dulu sebelum ngap..

So, itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat aku kongsikan sepanjang mengerjakan ibadah umrah di Mekah.  Hati ni memang terlalu rindu nak ke sana lagi.  InsyaAllah jika dimurahkan rezeki, memang ada niat nak ke sana lagi. Syukur ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan