Jumaat, 13 Jun 2014

Istanbul... Aku datang... (1)

Hari ni, nak share ngan kowang sume pengalaman aku ke Istanbul plak.. Samalah, pakej ni sekali masa menunaikan umrah tu... Dari Airport Queen Alia tu, kami terbang plak ke sini.  Sampai Atartuk Airport pagi jugaklah..  Cantik jugak airportnya.. Kebetulan masa kami sampai tu, kat Istanbul ni dlm mood pilihanraya. Kalau tak silap lagi seminggu diaorg nak mengundi. Mmm mcm Malaysialah, sana sini poster. Takpe, tu sume pengalaman. Ha, kan dpt tgk tempat org mcm mana ragamnya. Syukur.

                                         Dalam airport pun dah ada signboard mengundi...

Dari Atartuk Airport, kami menaiki bas untuk pergi ke jeti untuk naik kapal ke Bursa. Dalam perjalanan, aku mmg tak tido langsung menghayati ciptaan Tuhan. Memang cantik lah negara ni, bersih je.  Tak nampak sampah sarap pun disepanjang jalan. Apa yang aku perasan, kat sana bangunannya nmpk canggih manggih rekabentuknya. Sana banyak bukit je. Rumah2 pun dibina atas2 bukit ni. Kalau tgk mmg nampak crowded! Mungkin kepadatan penduduknya yg ramai. Bas pula style panjang2 ni. Kira kat Malaysia ni, cantuman 2 bas pjg utk 1 bas kat sana. Errr... paham tak? Tgk gambar ni..

                                      Panjangkan? Mcm ulat bulu on the road... Hahahaha..

                                                        Padat sangat ngan bangunan... 

Sebelum nak sampai ke Bursa tu, kena naik feri dulu.  Kira sama macam kat Penang lah. Kami pun kena turut beratur sama. Dengan bas2 sekali kena beratur. Cuaca still sejuk jugak. Sebelum bas menaiki feri tu, kami dibenarkan turun dan bersiar2 di sekitar jeti tu. Mcm biasa, aktiviti berpossing lah kami sume..

                                    Belakang tu barisan kenderaan yg nak naik feri ke Bursa.

Dalam feri tu, ada jugak restoran utk mkn2, minum2. Tp aku tak peduli itu sume kerana mcm biasa, aku banyak habiskan masa aku menikmati permandangan yg indah lautan yg kami susuri tu.  Kata En.Kamal (ketua rombongan Andalusia), kalau musim sejuk, lautan yg kami lalui tu jadi keras, boleh main kasut luncur kat situ. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

                    Kanan sekali tu anak jati Istanbul ni, t/guide kami. Ywuchal namanya. Peramah.

                                                   Permandangan dari tingkat atas feri

Sampai Bursa malam. Di Bursa, kami menginap di hotel International Holiday Courts, Kervansaray. Tuhari ada amek gambar depan hotel ni, tp bila nak cari ntah mana ntah.. Hotelnya takdelah besar sangat. Tp selesa kerana kemudahan di situ semua ada. Bilik kami berdua cantik. Badan pun dah penat, so dah masa utk kami tido.  Tp aku percaya, ada jugak antara kami yg kluar bersiar2 menikmati keindahan malam di bandar Bursa tu.  Termasuklah kami suami isteri. Aku berjalan mencari kad kredit telefon (tipon ank sbb dah rindu sgt dah) dan cari kebab. Berdepan ngan kami ada restoran yg spesel jual kebab je. Mcm2 jenis ada. Kebab sini mmg sedap sangat!!!! Kowang patut cuba.  Harga 1 kebab ni 10 lira atau lebih kurang RM20. Rupa kebab Turkey tak sama mcm kebab yg kita tgk kat Mlysia ni. Siap ada nasi, cili sekali.


                             Walaupun kenyang, habis jugak aku mkn kebab ni. Mmg sedap!!!

Bila dah kenyang, apa lagi.. Mata pun ngantuk sangat dah.  Kami terus tidur.  Tulah antara coretan utk kali ini.  Esoknya nak berjalan lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan