Jumaat, 8 Mei 2015

Korea ( Day 2 )

28 Disember 2014 (Ahad)


Fresh sesangat lepas bangun tidur.  Seawal pukul 5.00 pagi waktu tempatan, aku dah bangun dan bersiap2 untuk jalan2 pada hari ini.  Pukul 7 pagi, kami breakfast dulu. Aku hanya amek roti sahaja. Ada jugak disediakan hotdog, telur rebus berempah, mee goreng, kuih2 dan lain2.  Tapi aku tak makan takut tak halal plak kan.  Jam 8 pagi kami bergerak ke Nami Island.

Di sini banyak gambar dan video yang aku abadikan. Tersangat cantik pulau Nami ni. Untuk ke sana, kami kena naik feri. 5 minit aje perjalanannya. Air tasik jadi keping2 ais. Bila berlanggar dengan feri tu, terdengar bunyi ais pecah.. Macam filem Titanic tu.

Jelaskan kepingan ais tu? Yang belakang tu pun menakjubkan..

Aku punyalah teruja sampai sini. Mana taknya.. Kan pengambaran cerita Winter Sonata tu buat kat sini. Romantik habis suasana di sini.  Suhu memang terlalu sejuk.  Sesekali aku menggigil jugaklah. Banyak tempat menarik kat sini.

Love till jannah

Finally, i'm here

Ni gambar atas ni antara tempat glamor orang bergambar kalau ke sini.  Bangganya rasa kerana aku sampai juga menjejakkan kaki ke sini.  Thanks en hubby bawak ayang ke sini.  

Rice pancake

Kat sini ada beberapa kedai dan cafe halal.  Aku pun adalah mencuba makan kek beras yang jadi bualan di sini.  Harga pun murah, cuma 1500 won aje. Sampai nak kena beratur panjang nak dapatkan kek beras ni. Rasanya sedap kerana initi dalamnya tu gula merah. Bila makan panas2, gula merah tu mencair dalam mulut. Sedapnya makan time sejuk2 ni.

Damai aje aku rasa kat sini

En. Hubby buat muka bengang aje bila aku possing macam ni.. Hahahaha

Inilah tempat yang pelakon Korea tu melafazkan kata cinta.. Fefeeling le plak.  Ajak hubby main snow plak.  Aku memang nak guling2 dari dulu lagi kalau jumpa snow ni. Lantaklah orang nak kata apa. Hohohoho..

Cover ayu dulu.. sebab ada ahjuma tu pandang aku..

Puas hati aku!

Encik Hubby plak siap buat bola salji kemudian main baling2.. Suka hatilah yang.. Nikmati hari saat ini sebaiknya!

 Suka tengok background ni

Puas betul aku main salji.. Sampai satu tahap, aku rasa jari jemari aku ni dah kebas gile.. Tapi disebabkan seronok sangat, aku tahan aje.  Akhirnya badan aku mengigil, hubby ajak ke unggun kayu. Unggun kayu ni memang ada disediakan beberapa tempat untuk pengunjung panaskan badan.

 Panaskan badan dulu..




Kemudiannya, kami semua di bawa lunch di restoran tempatan. Ha barulah dapat menikmati makanan orang Korea sepenuhnya.  Kami dikehendaki makan sambil bersila tu. Tapi aku duduk berlutut sesekali.  Tak selesalah dengan baju tebal2 ni.

Tengah lapar ni..

Yang speselnya makanan orang Korea ni, lauknya banyak.  Sekali hidang depan aku lebih 10 jenis lauknya tu.  Larat tak larat ajelah.  Makan plak memang kena pakai chopstick lah. Lauk kebanyakkannya kering. KIMCI.. Best jugak. Tekak aku boleh terimalah dengan rasa kimci ni. Ok aje rasanya, tak pedas pun.  Masam2 sikit.

Nasi aku..

Berselera tak tengok set makanan ni?

Bila dah puas lunch, kami solat di restoran tu jugak.  Memang ada disediakan. Seterusnya, perjalanan kami ialah pergi ke Sky Resort.  Tempatnya jauh jugak. Mengambil masa selama 3 jam dari Nami Island.  Tempat ni paling best sebab memang kawasan pergunungan salji. Kiri kanan jalan ke sana memang nampak memutih aje salji.  Semakin banyak dah salji di persekitaran kami.  Seronoknya. Oleh kerana lama sangat dalam bas, aku amek kesempatan untuk tidur aje. Yang lain2 pun sama gak.  Connah aje yang sibuk guna phone. 

Keadaan dalam kedai sewa pakaian ski tu

Ok, sampai aje separuh jalan di atas gunung tu, kami singgah di kedai sewa pakaian khas untuk berski. Rupanya di sana, kami tak boleh pakai wintercoat yang sedia ada ni. Wintercoat biasa tak dapat nak menampung kesejukkan di atas gunung tu.  Sebenarnya untuk bermain2 di tempat ski tu, kami dikenakan bayaran lain.  Nak naik gondola pun dikenakan bayaran jugak. 45,000 won seorang hokey!!! Hanya 10 daripada kami je yang pilih nak main ski.. Kalau nak main ski harganya 140,000 won seorang kalau tak silap. Dalam kedai ni, kami boleh pilih mana2 pakaian yang kita suka.  Semua saiz ada. Macam2 design. Kasutnya pulak berat gile nak bawak.  Aku dah rasa macam angkasawan aje. Memang kat sini kitaorg ambil masa yang lama sebab semua orang nak kena fitting dan sibuk memilih mana yang berkenan dihati.

Pinky..

Setelah memilih, kami makan malam dulu.  Awal sikit sebab Connah kata, bila dah ada di puncak nanti, memang dah malam. Ada cerita lucu selepas memilih pakaian ni. Connah bagi arahan kat semua supaya terus pakai set boot supaya senang nanti. Ada plak diaorg2 ni kata tak payah.  Aku dah jadi serba salah dah.  Hubby gi jumpa Hj. Jamaluddin dan tanya pendapat dia. Dia pun angguk2 suruh pakai terus set boot tu. Kowang nak tahu tak, boot tu berat dia 2 kilo untuk sebelah kaki tau! Tapi bila naik bas, aku tgk mereka2 ni pak pakai pun boot tu.  Aku pun salinlah balik ikut diaorg.  Malaslah nak seret boot erat2 mcm tu.  En. Huby tak nak bukak.. dia tetap dengan arahan Connah.  Alih2 bila Connah dan Hj. Jamaluddin menuju ke bas, aku tgk diaorg pun pakai kasut biasa aje.. Wakakakaka... terbahak2 aku ketawakan hubby..Sakit perut aku ketawa sampai keluar air mata weii.. Memang lucu tak pepasal pakai boot berat dan besar tu ke restoran nanti. Hubby diam aje.. Marah campur malu le tu. Hahahahaa.. akhirnya dia bukak jugak sebelum turun makan.

Steamboat

Dinner kali ni spesel sikit aku rasa sebab ada steamboat.  Ada sotong kurita, ketam, ikan, kupang, tiram, cendawan dan sayuran. Macam tomyamlah rasa dia. Encik Hubby sukalah. Aku tak termakan sotong kurita tu.  Sekor2 dimasukkan dalam tu. Kalau potong kecik2 tu nak gaklah aku makan.  Tapi kimchi dia memang ada kimchi kurita.  Set lain tu, samalah macam set masa lunch tadi. Sedap weii..

Kimchi..kimchi..kimchi...

Akhirnya kami masuk ke kawasan Ski Resort jam 6.30 petang. Memang dah gelap time ni. Connah bagi masa selama 2 jam 30 minit aje kat sini. 

Beginner

Set peralatan ski tu memang berat nak pikul.  Untuk permulaan bagi yang tak pernah berski ni, kena belajar cara yang betul untuk kendalikan alatan tu.  Connah yang ajarkan. Dia memang dah expert.  Aku dan hubby naik gondola ke mountain top.  Amek masa 20 minit jugaklah nak sampai atas tu.  Permandangan memang cantik. Nampak clear diaorg yg expert tu meluncur laju bawah kami ni.  Cayalah! Tangan ngan kaki aku kebas.  Sampai atas, ramai expert mulakan luncuran dari situ. Bertopeng aje semuanya.

Pemain ski dari Kanada. Pompuan tau! Hebat

Tapi mountain top ni takde apa sangat.  Cafe pun ada jugak.  Hanya kawasan rata untuk mulakan meluncur.. Aku bergambar ajelah kat sini.

Manja plak dia..

Menahan sejuk sebenarnya tu

Yang belakang tu buat aksi

Salji yang halus, gebu

En. Hubby ni steady aje tempat sejuk ni

Jam 10.30 malam waktu tempatan, barulah habis semua aktiviti yang kitaorg buat kat puncak gunung tu. Badan pun dah penat, melekit dan lenguh2. Malam ni kami bermalam di puncak gunung jugak.  Kat High Castle Resort. 

Dalam bilik utama

Punyalah besar gedabak bilik aku ngan hubby malam ni. Apartment.  Kami berdua aje duduk dalam sebuah apartmen yg ada 2 bilik. Sangatlah selesanya bilik ni. Biliknya ada 2, satu konsep moden dan satu lagi konsep tradisional (tidur atas lantai macam org Jepun tu) berlantaikan heater. Aku tertarik nak tidur dalam bilik tradisional sebab nak gaklah merasa macam org Jepun tidurkan... Tapi encik hubby kata dahlah lenguh2 badan, dia prefer nak yg bilik moden.  Huhuhhu..

Sumber internet : sebijik mcm ni lah susun atur dalam apartment kami

Ruang tamu pun best.  Semua ada. Macam rumahlah! Sebelum tidur perut aku berkeroncong. Huby pun sama.  Teringat sambal goreng yang mak buat.  Kami makan biskut tiger cicah sambal goreng aje.  Sedap apa bila saat2 macam tu.  Semua aku belasah! Buat plak air teh O.. Fuhhh sodap eh... ZZzzzzzz



Tiada ulasan:

Catat Ulasan