Sabtu, 9 Mei 2015

Korea ( Day 4 )

30 Disember 2014 (Selasa):

Suhu pada hari ini ialah -2 celcius. Sebelum berjalan awal pagi, aku ngan hubby gi breakfast di tingkat 2. Saje alas perut..

Our breakfast on the fourth day.. 

Selesai breakfast, kami terus bertolak ke Amethyst Factory.  Kilang batu2 kristal ni lah. Sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan pameran, kami diberi penerangan dulu oleh owner kilang ni.  Pada aku, mahal jugaklah harganya tu.  Aku pun memang takde niat nak beli pun seab aku tak suka pakai batu2 ni, best lagi emas! Aku hanya mencuci mata aje.. Takde satu pun yang berkenan kat hati.  Aku rasa, yang lain2 pun sama kot. Takde sowang pun beli.. Buang air liur owner tu aje promote sana sini. Muakakaka.. Sebelum keluar, kami diberi cenderahati (key chain batu) seagai kenang-kenangan.

Owner tu cakap, batu ni bawa tuah.. Pegang2 pun jadiklah.. hihihi...

Pukul 9.40 pagi plak, kami bertolak ke National Ginseng Centre.  Ginseng ni memang sangat elok untuk badan. Ia boleh memecahkan lemak2 yang tersumbat dalam salur darah kita. Ada demonstrasi sikit kat depan kami. Encik Hubby pun belilah sekotak kapsul ginseng ni. Tu pun harganya dah 80,000 won (RM254). Sekotak tu ada 30 biji aje. Mahal gile aku rasa!!! Ada satu family yang sama geng ngan kami ni beli stok untuk setahun. Harganya mencecah RM 5000. Eiii takde le kalau aku.. Diaorg tu tokeh catering, bolehle...
Nak jadi cerita, aku memang tak lekang ngan handycam aku. Aku adalah amek video utk kenangan. Sesampai nak masuk dalam, ada pompuan indon (pekerja kat situ) tegur " Hello miss, tak dibenarkan amek gambar atau video ye" Huhuhuh... Bengang betul aku. Terus merajuk. Jangan harap aku nak beli ginseng ko weiii.. Hahahaha... (so, takde gamar kat sini... padan muka kowang)

Tepat jam 10.30 pagi, terus bertolak ke 2002 World Cup Stadium. Besar betul stadium ni.

Pintu masuk muzium

Tahun 2002 dulu, kan ke Korea jadi tuan rumah untuk World Cup. So, adalah muzium dalam ni. Diaorg pamerkan banyak pasal World Cup 2002 tu lah.

Rumput ditutup semasa musim sejuk

Depan Stadium

Ikhlas dari hati akulah kan... Aku sebenarnya tak excited pun kat tempat ni.  Bukan ada apa2 pun.. Bab2 bola ni mana aku minat.  So, aku jenjalan saje ajelah dalam stadium ni. Takde nak feel seronok pun.  Kaki dah le sakit.. Penat aje jalan. Nak masuk dalam stadium ni, pengunjung kena bayar tiket tau.  Kami semua memang dah termasuk dalam pakej dah.. So, bergambar ajelah.  Kedai cenderahati dalam ni pun ada. Aku tak beli langsung. Ntah, tak suka. Bosan aje!

Berangan le tuh..

Hokey guys.. Program seterusnya amat diminati oleh kaum hawa.  Ye, Connah bawa kami ke Korean Cosmetic Duty Free. Apalagi.. Syurga kecantikan kat sana tu. Sampai aje sana, aku lihat banyak sangat produk kosmetik yang diaorg promote kan. Semua produk dibagi cuba.  Aku amek kesempatanlah pakai itu ini.. Hihihi.. Minyak wangi, losyen tangan, mask, syampu, semua ada. Sedia duit aje le. Kat sini facial dia jual sekali 10 set. Kira bundle le. Aku memang borong mask aje kat sini. Itu pun dah 40000 won hanya utk mask aje.

Mask yang aku borong

Keluar bangunan, dah nampak sorang ajushi jual sotong bakar. Halal.. halal dia kata. Hubby pun belilah.. Perghhh sedap gile rupanya masa makan panas2 tu.. 

Sotong bakar.. so yummy..

Tak cukup sepeket.  Hubby beli lagi 2 paket.. Buat makan sementara menunggu yang lain2 borong sakan kat dalam tu. Kenyal2 lembut sotong ni.. Aku suka yg kiri tu, hubby plak suka kanan tu. Tapi serius sedap. sepeket 4000 won.  Dalam bas pun aku dok kunyah2 sotong ni..

Lengang aje jalan raya waktu pagi kat area ni..

Bosan tunggu yang lain tu..

Dari pusat kosmetik tu, kami get lunch kat Restoran Mentari.  Ha.. yang ni plak stail makanan arab. Terus solat kat sini, tp susah jugak sebab toilet nya jauh ditingkat bawah. Toilet plak terhad jumlahnya. Laki pompuan share.. Gambar makanan lupa plak nak amek. 

Kemudiannya sekali lagi kami dibawa ke kedai ginseng yang lain plak.  Connah ni dah dibagi komisyen agaknya awak kitaorg ke sini.  Kali ni, lagi teruk.. Jurujual tu syok sendiri je bercakap.  Lantak ko lah bang, nak terangkan apa pun.  Aku memang tak amek port pun. Memang tak nak beli. Sebabnya diaorg dah borong kat kedai ginseng yg memula tadi. Tapi kedai ni best sebab sebelum pintu exit, kita kena lalu kedai jual pelbagai coklat dan gula serta makanan ringan.  Siap ngan tester untuk semua makanan dalam tu. MMmmm pucuk dicita ulam mendatang, memasing dok cuba itu ini le.. Aku pilih2 jugak tgk tanda halal.. Diaorng ni aku tgk main belasah aje.. Aiii.. Adalah beli untuk anak2 aku yang memang aku dah rindu sangat ni...

Pastu, kami ke Nandaemon Street Market.  Kat sini, barangan yang dijual semua yang branded aje. Ada beg, jam, perfume, kosmetik dan macam2 lagi. Tapi kalau nak beli, barang tak dapat hari ni. Kena amek kat aiport. Huhuhu.. tak jadi le aku nak beli perfume.. Susahnya prosedur dia..Duty free katanya. Akhirnya, aku jenjalan cuci mata aje le..

Hari ni memang hari bershopping aje.. Aku banyak guna videocam aje untuk aktiviti hari ni. Maaf ye kengkawan.. ada sikit aje gambar ha.. Memang kena mengawal nafsu untuk hari ni.. Kedai saje yang di bawa masuk oleh Connah. Akhirnya, Connah bawa kami ke Myeong-Dong Fashion Street sebagai penutup acara untuk hari ini.

Busy street ever.. Myeong-Dong Fashion Street

Huii seronok rasanya kat sini sebab orang ramai gile.. Busy je memasing.  Tempat ni macam night market lah. Bangunan2 nya terlalu banyak. Jual pakaian ngan kosmetik paling banyak dalam bangunan tu. Yang ditengah2 jalan, banyak jual makanan.  Tapi, dalam sepanjang2 deretan jual makanan tu, 4 tempat aje yang aku tgk ada tanda halal dan disyorkan oleh Connah utk membeli.  Yang lain2 tu tak halal.  Aku belilah kebab dan susu pisang lagi.  Malam ni malam terakhir kami di sini.  Esok pepagi nak terbang ke Malaysia dah.. Dalam shopping2 tu adalah aku tambah beberapa kosmetik dan brg lain.

Sebelum balik ke Hotel Mate, Connah bawa kami makan malam kat restoran Korea.  Ada hidangan ikan makarel lagi.  Tapi kali ni besar2 sikit ikannya. Puas makan. Kimchi juga tak ketinggalan.. Aku makan juga sebab kat Malaysia bila masa aku nak makan kimchi ni..

Dinner terakhir di bumi Korea

Memasing sibuk berbual pasal tak sabar nak balik Malaysia dah.  Dah rindu anak2, kaum keluarga, dan masakan Malaysia. Hihihi.. Dan memasing juga mengharapkan agar dapat merasa salji turun. Esok nak balik dah...Sebelum tidur, aku ngan hubby sibuk mempacking beg kami yang dah jadi berlebih tu. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan