Sabtu, 9 Mei 2015

Korea ( Day 3 )

29 Disember 2014 (Isnin)

Jam 5.30 pagi aku dah bangun.  Siap2 sebab nak terus check out. Dekat lobi, Connah suruh kami asingkan pakaian ski yang disewa untuk dia kumpul dan pulangkan. Jam 7 aku menikmati sarapan pagi di resort ni jugak.  

Di balkoni apartment aku

Ok kat sini sebab memang disediakan makanan halal untuk muslim.  Siap ada label mana yang tak halal.  Tapi, aku amek rotilah jugak.. Minum jus buah. Makan2 sambil tengok permandangan yang cantik di luar tu buatkan aku lupa segala masalah.

Nice view

Selepas makan, ada masa sikit sebelum bertolak.  Aku gunakan masa sebaik2nya dengan melihat keadaan sekeliling resort. 

Depan High Castle Resort

Bumi Korea

Dalam bas Miss Connah bagitahu yang perjalanan kami ke tempat seterusnya ialah selama 3 jam.  Hari ni kami akan mengikuti kelas membuat kimchi. Nak ke kawasan buat kimchi tu, kami kena lalui jalan kampung.  Tempat tu bukannya di area bandar.  Tanah memutih aje dek salji.  Sepanjang perjalanan aku suka perhatikan tingkah laku org tempatan.  Ada yang jemur kain, sodok salji, jogging, buat bakul dan macam2 lagilah. 

Sesampai di tempat belajar buat kimchi tu, kami berpeluang memakai pakaian tradisional orang Korea atau dipanggil han-bok. 

Nde?? (apa?)

Dalam bilik persalinan tu, punyalah banyak pilihan han-bok utk dipakai.  Kami boleh pilih mana2 sahaja yang sesuai ikut saiz memasing.  Sesak2 mcm tu, aku malaslah nak berebut.. Aku main amek aje kaler tu. Aksesori plak pekerja di tempat tu yang pakaikan. Merasalah jugak jadi Oshin. Muahahaha.. Sila jangan muntah ye! Untuk lelaki pun ada.  Tapi kali ni encik hubby tak sportinglah pulak.  Dia tak nak pakai. Malu katanya..

Dah berangan jadi Oshin, aku masuk kelas belajar buat kimchi tu.  Semua org diberi 1 set bahan buat kimchi.

Bahan buat kimchi

Kimchi ni makanan rugi org Korea.  Kalau takde kimchi ni, diaorg tak selera makan katanya.  Selalunya kimchi ni guna kubis panjang tu dan diperap ngan cili beserta rempah. Kemudian kimchi ni akan diperap dalam beberapa hari baru boleh makan.  

Hasil daripada Encik Hubby

Amacam? Pass tak?

Rupanya, kimchi ni boleh jugak menggunakan sotong kurita, seaweed, lobak putih dan lain2 lagi.  Selepas selesai buat kimchi, kami sume diberi rasa pelbagai jenis kimchi. Pastu sape nak beli bolehlah.  Murah jugaklah.

Kimchi selain dari kubis

Kimchi pancake

Keluar aje dari bilik buat kimchi, ada kedai barangan cenderahati.  Haaaa.. kat sinilah first time aku beli air susu pisang yang famous kat Korea ni.  Dah lama aku nak rasa susu pisang ni.. Asyik baca dalam blog, buku, majalah dan internet aje.. Gemiranya aku.  Aku belilah beberapa botol untuk bekalan di sana. Sedap rupanya rasa susu pisang ni. Sebotol berharga 3000 won.

Susu pisang yang sedap

Program seterusnya untuk hari ketiga kami ni ialah makan tengahari.  Korean style jugak. Dalam bandar kecil. Walaupun aku kata kecil, tapi kiri kanan bangunan aje. Meleret bangunan.  Kedai apa namanya aku lupa plak nak catatkan. Hari ni aku rasa extra sedap sebab ada ikan makarel goreng.  Sedap sangat hingga jilat jari.  Semua makan laju aje.. Tak berbunyik weh.  

Dan time ni lah jugak aku mendapat wassap dari group PPG unit Sains 2 mengatakan pesawat AirAsia dari Indonesia tu dah  terhempas. Allah.. Sayu je rasa... Kecoh gaklah dalam restoran tu kita org dok sibuk bincang pasal ni. Kami pun naik AirAsia jugak pergi balik ni.. Semoga kami semua selamat.  Dan dalam masa yang sama juga aku dpt tahu yang tarikh naik sekolah untuk sesi 2015 dilewatkan seminggu kerana banjir tempoh hari.

Lunch di hari ketiga

Burpp.. Alhamdulillah, dalam risau2 pasal pesawat terhempas tu, memasing punya pinggan licin jugak aku tengok.. Wahahaha.. Selera memasing.  Kami teruskan perjalanan ke Everland Theme.  Yeaaaa... nak jadi remaja semula.  Main permainan yang extream. Di sini kami masuk jam 12.00 tengahari hingga jam 5.00 petang.  

Everland Theme

Apa yang aku perhatikan kat sini, permainan kat sini kebanyakkannya mencabar.  Dengan roller coaster nya yang terpanjang (7 minit satu pusingan lengkap).  Tapi aku tak naiklah takutlah sebab berpusing2 dan berbelit2.  Sebenarnya nak gak rasa, tapi ajak en.hubby, mana dia nak.. Dah le aku dok teman dia ajelah.. Tak main pun yg heavy2 ni.. huhuhu

Gondola yang kaki terjulur

Yang best, kami di bawa masuk ke dalam Safari World.  Dalam ni ada haiwan yang liar hidup bebas tanpa kandang/sangkar. Kami di kehendaki menaiki bas khas dalam tu.

Safari World

Hebat juga haiwan2 dalam safari ni.  Ada kacukan singa dan harimau di panggil "Liger". Unik bulu dia. Buaya, zirafah, harimau benggala yang besau lembu pun ada! Yang menarik minat aku bila kami memasuki stesen beruang.  Sekali beruang tu berdiri, dia sama tinggi dengan bas yang kami naiki tu.  Bayangkanlah kalau kita jumpa dalam hutan macam tu... ngeri.. Driver bas, kalau lalu kat tepi2 haiwan ni, dia akan campakkan makanan.  LApau gamaknya sume haiwan dalam safari ni.  Ngeee...

Beruang berdiri.. Besau beb!

Kawasan Everland Theme ni besar gile! Seluas2nya.. Walaupun kami dtg pada hari bekerja, namun sikap kekeluargaan orang Korea ni kita boleh nampak.  Masa awal kami dtg, tak berapa ramai sangat, tapi bila habis waktu bekerja, dah mula ramai orang tempatan.  Maknanya mereka kat sini, habis kerja masih boleh bawa keluarga beriadah. Time perarakan masuk barisan moskot2 kartun macam Cinderella, Ninja Turtle lah, kemain ramai lagi umat.  Aku sempat tgk sikit aje sebab sebelum tu solat dulu kat musallah yang disediakan.  Sebenarnya kowang tahukan, sebelum ni kaki aku dah sakit.Aku tahan aje.  Rasanya macam dah maksimum sangat dah sakit kakiku. Slow2 aje aku berjalan. Orang lain tak tahu pun..

Meluncur dengan pelampung

Sebelum nak balik. sempat lagi

Kat dalam ni ada juga anyak kedai cenderahati.. Adalah jugak aku shopping sikit untuk di bawa balik ke Malaysia.  Tapi harganya memang mahal le dari kat luar. 
Jam 5.30 petang kami di bawa makan malam ke restoran makanan Thai. Wahh.. ni yang best ni.. Tomyam kung.. Licin semua.  Mana taknya leka main aje tadi memasing. Makanan plak memang jenis makanan selalu makan kat tanahair. Telur dadar, tomyam, sayur campur bagai.

Thai food on the 3rd day dinner

Lebih kurang jam 6.00 petang, kami bertolak ke Dongdaemon Market. Yes time for shopping!!!   En. hubby senyum sinis aje tengok muka aku yang kegembiraan tahap melampau ni.. Inilah waktu yang i tunggu2 yang.. Para2 wanita dalam bas kelihatan bersemangat ketika perjalanan menuju ke bandar Seoul semula. Kowang, Dongdaemon Market ni sebenarnya sebuah shopping yang moden dan besar.  Tinggi bangunannya tu. Aku ingatkan macam kat Chow Kit tu. Rupanya bukan. Canggih gile.. Orang tempatan yang senang2 aje datang shopping sini. Tapi dalam ni ada kedai spesel. 


Connah bawa kami ke tingkat 6.  Rupanya ada sebuah kedai cenderahati yang murah2 harga barangnya.  Kedai tu takde lah besar mana, tapi ramai pengunjung ( dari Malaysia, Indon, Singapore, Brunei). Yang menariknya semua pekerja kat dalam kedai ni fasih berbahasa melayu. Pada hal diaorg ni Korean.  Ternganga gak aku memula tgk dia tanya aku macam2. Uiii terernya ko... Aku pun adalah shopping sakan le kat sini sebab Connah kata tempat2 lain mahal. Selesai beli apa yang dihajati, aku, hubby ngan Hj. Jamaluddin keluar awal dari bangunan tu dan kami jalan2 di sekitar Dongdaemon Market tu.  Macam pasar malam kat Malaysia jugak.  Ada jual baju, kasut, kosmetik dan macam2lah. Nampak strawberry.. Besar2, geram aku tengok.. Hubby belikan nak merasa. Harganya 10000 won sebekas cawan plastik tu. Manisnyaaa.. 

Manis betul strawberry Korea ni..

Bila dah larut malam, baru kami check in hotel.  Memasing membimbit banyak plastik hasil bershopping tadi. Kami bermalam sekali lagi di Mate Hotel.  Tapi kali ni aku dapat bilik lain.  Bilik yang lagi besar dan spesel.  Apasal? Sebab siap ada jakuzi dalam bilik tidur aku.  Excitednya aku... Setelah letih berjalan, nak2 kaki aku sakit ni, selesa berendam dalam air suam. 

Mewah je rasa...

Wifi conner

Dalam bilik ni ada jugak set komputer ngan wifi laju.  Dapat semula aku berborak sakan ngan anak2 aku guna wassap. Lepas borak ngan cas segala bagai yang perlu, aku tak lengah ZzZZzzzz... letih gile weii... Untuk pengetahuan kowang sume, hingga ke hari ini, aku masih belum dapat merasakan salji turun.  Mengharap sangat2 nak rasa salji turun ni.. Tapi lom ada rezeki.. Tinggal esok malam je lagi kami berada di bumi Korea ni.. Snow.. Let falling now...
















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan