Sabtu, 9 Mei 2015

Korea ( Day 5 )

31 Disember 2014 (Rabu):


Ermm alhamdulillah, sampai dah penghujung percutianku bersama suami tercinta untuk tahun 2014 ini. Memang anyak kenangan manis kami di sini. Seawal jam 6 pagi, kami semua dah bertolak ke airport Incheon. Sebelum masuk ke airport, kami bersarapan dulu berhampiran ngan airport. Makan makanan Korea jugak iaitu Mee Udon. Rasanya macam mee sup aje. 





Connah beriya2 suruh kami makan kerana risau kami lapar dalam perjalanan.  Sedang sume asyik makan, aku ke rest room di luar kedai. Cuaca gelap lagi. Tetiba ada sesuatu jatuh pada hidung aku.  Makin lama banyak plak kat muka.. Perati bebetul melalui cahaya bas yang menyala tu, ada titik2 halus warna putih.. Wahhh aku dah mula senyum sendiri. Tanya kat org tempatan lalu kat situ " Is it snow?" Budak tu jawab " Yes, snow.. Your first time?" Aku angguk2.. Apa lagi, aku masuk dalam kedai, jerit kat diaorg " Korang, snow dah turun!!!" Memasing tinggalkan Udon dan keluar lalu menjerit " Yeaahhhh" Alhamdulillah, saat2 akhir di sini, dapat jugak merasa snow falls.. Syukurlah..

Muka ceria salji turun..


Finally, it happen!


Memasing bergambar sakan.. Hilang rasa lapar. Berkat doa2 kami yang mengharap ni.. Makin lama makin lebat.  Bangga rasanya sebab menurut kajian, hanya 1/3 penduduk di umi ini yang merasai salji turun. Aku tergolong dalam 1/3 tu.. Banggaaa sangattt.. Then, kami terus ke airport dan bersedia untuk penerbangan ke Malaysia. 

Bye..bye Korea.. Will miss u..


Kami selamat sampai di Malaysia jam 2.30 petang waktu tempatan. So, inilah sedikit seanyak yang aku dapat kongsikan dengan kowang pengalaman aku bercuti di Korea pada musim sejuk. Habis satu episod.. Next trip? China? Japan? London? Semuanya dalam kepala aku je ni.. Hahahaha.. Tungguuu... Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan