Jumaat, 8 Mei 2015

Korea ( Day 1)

27 Disember 2014 ( Sabtu )

Annyeyong haseyo...  
Wah.. jam 1.00 pagi aku dan encik hubby bertolak ke Seoul dari Airport KLIA 2 bersama 20 orang yang lain.  Kami sampai awal di airport.  Jam 10 malam kami sampai dah. Kami merayau2 dulu dalam airport dan berkenal-kenalan dengan geng rombongan yang lain. Penerbangan ke Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih. Oleh kerana awal pagi dah berangkat, memang time elok le aku nak tidur sepanjang perjalanan.  Krohh...krohhh

Yeaaa... let's go my dear..


Hokey..hokey.. setelah puas tido dalam flight, akhirnya tiba jua destinasi yang dituju. Kami sume sampai di Incheon Airport  pukul 7.50 pagi waktu tempatan. Seaik keluar aje dari perut kapal terbang, ketua rombongan kami Hj. Jamaluddin memberi kami masa utk menyalin pakaian yang sesuai (pakaian sejuk).  Aku pun cepat2 le tukar pakaian. Yang aku bengang, dah lah winter coat tu baru, jadi tag2 bagai sume aku lupa nak tanggalkan.  Dah le berposak2 aku gigit tag utk tanggalkan.. Bahagian zip2 sume berbalut plastik lagi. Payah plak nak bukak.. GGGrrrr spoil betullah!

Apabila keluar aje dari pintu airport, barulah aku terasa kesejukkan angin bila menampar2 pipiku yang gebu ini. Lagi satu, bila aku bernafas, bercakap, asap keluar dari hidung dan mulut.. Wahhhh... Excitednya kitaorg sume.. Dah le memasing asyik tiup2 mulut nak tgk asap.. Hahahaha... Tak pernah rasakan.. First time..  Kedatangan kami disambut oleh tourist guide kami yang memang anak jati Korea iaitu Miss Connah.  Dia memang peramah orangnya, cantik! Kami naik bas kemudiannya menuju ke Trick Art 3D Black Art di bandar Seoul. Sepanjang perjalanan, Miss Connah asyik berceloteh menerangkan info2 utk setiap bangunan dan tempat yg kami lalui. Memasing mata segar, maklum le dah puas tidur. Connah bgtahu bahawa suhu di Seoul pada pagi itu ialah -5 celcius. Tapi dia boleh cakap " You are lucky today because this is a warm day" Hah? Warm day? Pada dialah.. Kitaorg sume rasa kemain sejuk nak beku dah ni..

Pandai tak aku berlakon?

Ececece... picnic ke bang?

Peace...

Time ni lah aku nak tunjuk skill

Mmm.. Macam ada yang tak kena aje gambar ni

Dah puas bergambar kat dalam 3D Trick Art tu, kami ke Ice Museum plak.  Kat sini semua apa yang ada di dalamnya diperbuat daripada ais.  Fuhhh memang sejuk gile.  Ramai yg masuk kejap aje sebab tak tahan.  Aku ngan hubby plak masih boleh tahan lagi kesejukkan tu.  Puas kami bergambar sakan dalam tu. Sporting plak en hubby kali ini. Suruh possing macam2 post, dia ikut aje..



Ala tomei-tomei..


Ho...ho..ho..

Tak nak singgah dulu ke?

Pon..ponnnn... The queen nak lalu

Dah puas bersejuk2kan dalam Ice Museum, kami di bawa pula ke Love Museum.  Connah kata "don't be shy.. It's very interesting inside the museum.." Pada dialah.. Sana pendidikan sex mmg open. Dalam ni sangat2 tak sesuai utk kanak2 dan remaja.  Senang cerita, tak sesuai utk mereka yang belum kawin.  Ingatkan macam manalah dalamnya. Rupa-rupanya banyak patung2 yang menunjukkan perlakuan lucah! 18sx. Eiii.. Hal2 yang laki bini buat sume dipamerkan dalam ni.. Aku masuk jugaklah sekali lalu.. Aku tengok ada jugaklah anak2 dara yang serombongan kami masuk jugak dalam tu. Terjerit2 memasing bila nampak mende2 tak sepatutnya tu. Siap ada yang bergambar jugak tu. Malu!! Err maaf ye, aku memang takde hati nak amek gambar dalam tu. Cepat2 aku tarik hubby keluar. Sampai luar, Connah dah menunggu sambil tersenyum. " Don't be shy.. I know you're young. Take it positive.." Hah? Young? Aku? Ngeeee..

Sebenarnya kesemua muzium tu dalam satu bangunan aje.. Tingkat aje berlainan.  Beli tiket, dapat masuk ke semua tempat tu. Kemudiannya time lunch.  Perut memang lapar gile. Kami di bawa ke restoran makanan india iaitu di Little India House. Jarak dalam 20 minit menaiki bas.  Kat Korea ni hanya 15% aje beragama Islam kata Connah. So, memang sukar gaklah nak cari makanan halal.. Jaraknya pun jauh2 antara satu sama lain.  



Kenyang sudah perut yang berkeroncong dari tadi. Boleh tahan jugak masakan india ni.. Yenna kariii, ada shark fin soup... Dah masuk Zohor.  Connah bawa kami ke Masjid Itaewon. Connah kata, masjid ni yang terbesar di Seoul. Memang menjadi destinasi wajib setiap pelancong muslim ke Korea ni.  Masjidnya memang boleh tahan besar. Atas bukit. Masa nak ambil wuduk tu, Allah je yang tahu betapa sejuknya air paip yang keluar tu. Heater ada tapi tak berfungsi plak.. Tandasnya ada bau sikit.  Sebab ramai pengunjung kot. Hah ko, amek.. Selesai solat, en hubby ajak amek gambar disekitar masjid.

Di depan Masjid Itaewon

Permandangan indah sekeliling masjid

Aku ditengah2 bandar Itaewon

Ok, solat dah selesai kami sume bergerak ke Soul & Tower. Sepanjang perjalanan tu, memang adalah nampak sikit2 salji kat tepi jalan raya dan atas2 bukit.  Setepek sana, setepek sini.  Tu pun memasing dah teruja. Kemain bersorak memasing bila nampak salji.
Kan Connah dah kata, hari ni warm. So, snow takdelah. Huhuhuh..

Setengah jam perjalanan, sampai jua kami ke Soul & Tower. Di sini kami memang disambut dengan salji. Yeahhh... bolehlah bergambar sakan ngan salji. Seronoknya.  Nak naik ke tower tu ada masalah besar.  Nak tahu kenapa? Sebab nak kena panjat ke atas. Jalannya memang mendongak sungguh. Kemang kuncup hidung aku nak sampai ke atas tu. Menguji minda sungguh.  Yang tua2 aku tgk memang tak larat dah nak naik atas nun. Tapi rugilah kan.  Bukan selalu dapat datang ke situ.  Harung aje la.

Ha.. nampak tak tinggi nya tu?

Dah sampai atas dah.. Nampak dah snow

Permandangan memang sangat cantik kat atas tu. Subhanallah.. Kagum aku! 

Cantik sangat kan latarbelakang aku ni..

Kat atas ni adalah gerai2 kecik diaorg jual key chainlah, lukisanlah, ada ninja praktis beraksilah, suhu memang sangat sejuk.  Yang paling aku puas hati kat atas ni ialah aku dapat melihat sendiri tempat pengambaran Running Man episod yang diaorg kena cari kunci tu.  Memang banyak gile padlock kat situ.  Ikat kasih konon..

Nah, memacam padlock ada

Miss Connah, hubby dan aku

Tadaaaa... Inilah Miss Connah yang aku sebut2 tu. English dia pun english brokenlah.. Cuba tgk muka dia.  Cantikkan? Kowang nak tahu umur dia berapa? Mmm 40 an.  Tapi dia ni lom kawin2 lagi.  Katanya dia terlalu sibuk ngan keje.  Aku selalu curi2 pandang kulit muka dia.  Halus mulus.  Dia kata dia memang dari muda amalkan pakai cream, toner, vitamin kat muka.  Dalam 5 lapisan. Mak aii.. Lama betul nak hadap ek? Akukan busy women. Jam 3 kami semua bertolak ke Kyongbok Palace.

Dalam Kyongbok Palace

Kyongbok Palace ni istana pemerintah zaman dulu.  Sampai sekarang pun istana ini dijaga dengan rapi. Kawasan istana ni sangat luas dengan bangunannya yang unik.  Nak masuk ke dalam istana yang diduduki raja, kita kena lalu 3 lapis pintu. Penat juga nak berjalan dalam kawasan ni. Istana yang diduduki raja tu, tengah2 siling bumbung tu ada emas. Memang jelas kelihatan bila aku tgk dari luar.  Orang awam hanya boleh tgk bahagian dalam istana raja tu dari luar sahaja.  Tak boleh masuk dalam.

Selain itu, ada jugak "Queen Cambridge" di mana permaisuri raja tu ada kawasannya tersendiri dalam kawasan istana ni.  Permaisuri tu jugaklah yang menentukan tugas2 dayang, gundik2.  Dia berkuasa besar katanya pada zaman itu. Nak jadi cerita, dalam rombongan kami ada 6 family. 1 Family ni hilang dari pandangan kumpulan.  Mereka asyik bergambar sampai tak dapat nak ikut pergerakan kami agaknya.  Sampai balik mereka masih tak nampak muka... AKu tgk muka Connah dah lain macam.  Yelah, dari awal lagi dia ada pesan, jangan berpisah dengan dia sebab istana ni besar.  Kalau dah sesat, makan masa nak cari. 

Laluan ke istana-istana kecil

Dalam kawasan istana ni ada National Folk Museum.  Alah, dalam ni, banyak tunjuk pasal raja2 pemerintah diaoranglah.. Kalau kita kat Malaysia ni sama macam Muzium Istana Negara tu aje. Aku tak berminat plak nak amek gambar sebab melayankan sakit kaki aku ni. Bukan aku je berperasaan mcam tu.  Muka yang lain2 pun aku tgk dah sangat kepenatan.  Program penuhkan. Masa dalam muzium ni, Connah pun terangkan apa yang patut selaju yang boleh.  Dia pun paham. Aku plak main angguk2 aje sebab memang nak suruh dia haiskan cepat.  Makcik2 yang lain tu sume dah tak ikut pergerakan Connah. Memasing dah sibuk mencari kerusi plak nampaknya.  Cuaca di luiar plak dah semakin sejuk dan semakin gelap.  Sini malamnya cepat.

Akhirnya, sampai istana ni nak tutup, barulah jumpa family yang hilang ni. Yang lain dah kepenatan sangat sebab sibuk mencari mereka tadi.  Aku plak sakit kaki tahap maksimum dah time ni.. Kasut kulit tu aku rasa dah macam ketat plak dah. Hilang mood aku.. Jalanlah perlahan2.. Kaki plak kebas dari paha ke bawah sebab terlalu sejuk. Fuh!

Tasik belakang tu dah beku

Sebelum kami makan malam, bas ada melalui depan bangunan Presidential Blue House. Macam white house kat Amarika tu la.  Bangunan pentadiran diaorg.  Dari jauh dah nampak gah dengan bumbungnya berwarna biru.  Disekitar Blue House ni banyak polis berjaga.  Nak jaga keselamatan kot.  Hari makin gelap walhal baru jam 5.15 petang. Untuk dinner kami dibawa ke restoran india lagi. KAli ni di Madeenah Restaurant.  Oleh kerana perut aku dah lapar, semua yang aku makan aku rasa sedap. 

Yummy..

Dessert

Kat sini ada jugak cream puff.  Tapi, oleh kerana suhu sejuk, jadi keras kejung dah cream puff ni.  Macam makan kopok plak aku.. Hahahaha..  Airnya plak warna memang nampak sesangat menarik. Air jus oren kaler merah tu.  Bila minum, ada rasa pahit2 pulak.. Agaknya diblender ngan kulit2 sekalilah aku rasa.

Selepas makan, badan pun dah tak larat kerana aku dah terbayangkan katil aje.. Tak sabar nak baring. Kami bertolak ke Mate Hotel.  Connah kata Aaron Aziz pun pernah menetap kat situ sebab hotel ni antara yang terbaik service nya di Seoul. Lobinya taklah besar, kecik aje. Tapi biliknya memang boleh tahan besar. 

Set komputer macam kat umah lengkapnya!

Kat dalam bilik aku ni, disediakan sekali komputer dengan wifi yang laju.  Alhamdulillah inilah yang aku cari2.. Dapatlah aku ngan hubby melepaskan rindu kat anak-anak yang beribu batu jauhnya.  Kat hotel ni, remotenya lain macam sikit.  Banyak nau suisnya. Yang aku pasti, heater memang dah di setkan siap2.  Jadi, memang selesa bangatlah kami.   Tv plak jenis plasma yg 50" lebih tu. Kaya orang Korea ni ek. Malamnya, sebelum tidur, aku berwassap ngan anak2 sambil mengecas segala peralatan yang perlu. Hubby dah krohh krohhh dulu.. Tidur awal sebab esok nak bangun awal jugak untuk program di hari kedua di bumi Korea. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan